Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Teknik Menjawab Soalan Matematik SPM

Teknik Menjawab Soalan Matematik SPM ini disediakan untuk membantu para pelajar khususnya bagi yang akan menduduki peperiksaan SPM.

Sebagaimana  yang kita sedia maklum, matematik merupakan bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Dengan sebab itu matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan. Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta memastikan kurikulum sentiasa relevan.

Guru juga pasti akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik dan kemahiran menjawab soalan-soalan supaya murid meyedari beberape langkah penting dalam mendapatkan markah dan memahami soalan dengan lebih baik.

teknik menjawab soalan matematik SPM

 

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran murid secara matematik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan prinsip berikut iaitu penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan, membuat perwakilan dan penggunaan teknologi dalam matematik.

Isi Kandungan

Dapatkan “Teknik Menjawab Soalan Matematik SPM” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

 

Semoga perkongsian ini memberi  manfaat kepada semua terutama mereka yang memerlukan untuk membuat pelbagai persediaan menghadapi peperiksaan nanti.

Dalam mengoptimunkan pelbagai bahan tersebut pelajar sendiri perlu mempunyai kaedah atau cara belajar yang lebih berkesan supaya input pelajar lebih maksimum.

14 Tip Belajar Dengan Berkesan dari Dr Fadhilah Kamsah

Koleksi Asas Penulisan Karangan SPM

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

  • Kita ingat 10% apa yang dibaca
  • Kita ingat 20% apa yang didengar
  • Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
  • Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

  • Tampal nota-nota penting di dinding
  • Gunakan kaedah akronim
  • Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  • Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

Penutup 

Semoga kita juga mendapat manfaat jika hasil perkongsian kita yang tidak seberapa ini memberi kejayaan kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Teknik Menjawab Soalan Matematik SPM ini membantu anda..

Atikel berkaitan : HIMPUNAN NOTA RINGKAS DAN PADAT TINGKATAN 5 SEMUA SUBJEK

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More