Tempoh MyBayar Dilanjutkan Sehingga 15 April
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Azisman Alias berkata, lanjutan tawaran selama empat hari itu dilakukan susulan sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang membuat pembayaran saman menerusi aplikasi berkenaan.
Ini kerana, kata beliau, sejak dimulakan pada 25 Mac lalu dan sehingga hari terakhir semalam, pihaknya berjaya mengumpul RM73.3 juta bayaran saman membabitkan 659,998 saman.
MyBayar Saman ialah aplikasi terbaharu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan orang ramai membayar saman dengan mudah melalui portal dan aplikasi telefon berbanding kaedah sedia ada.
Pelaksanaan MyBayar Saman ini adalah selaras dengan objektif MYDIGITAL iaitu inisiatif kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.
Isi Kandungan
Tekan Disini Untuk Pembayaran Saman
MyBayar Saman Diskaun 50% Diteruskan
Tempoh tawaran diskaun 50 peratus melalui pembayaran saman menerusi aplikasi MyBayar Saman sehingga 15 April ini
Pembayaran Melalui Portal
Untuk pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat peribadi dengan betul.
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Butiran saman dipaparkan.
- Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
- Semak saman yang ingin dibayar.
- Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
- Pembayaran selesai.
Pembayaran Melalui Aplikasi
Bagi pembayaran saman melalui aplikasi, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play dan App Store.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat peribadi dengan betul.
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Klik butang ‘Semakan Saman’ di menu utama.
- Butiran dipaparkan.
- Klik butang ‘Bayaran Saman’ di menu utama.
- Pilih saman yang hendak dibayar.
- Pilih mod bayaran.
- Butiran transaksi bayaran dipaparkan.
- Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, sila hubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346/47.
Artikel lain: Pendaftaran program imunisasi COVID-19 masih rendah