Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Temuduga Terbuka KTMB 2024 Kini Kembali!

Temuduga Terbuka KTMB 2024 akan diadakan untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk menghadiri temuduga terbuka seperti ketetapan dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Temuduga Terbuka KTMB 2024

Maklumat lanjut tentang Temuduga Terbuka KTMB 2024 adalah seperti yang berikut:

Jawatan1. Pembantu Trafik (Lelaki Sahaja)
2. Pramugara & Pramugari Tren
Tarikh Temuduga Terbuka25 Mei 2024 (Sabtu)
Masa Pendaftaran8.00 Pagi – 10.00 Pagi
Tempat TemudugaIbu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad Jalan Sultan Hishamuddin 50621 Kuala Lumpur
Temuduga Terbuka KTMB 2024

Syarat Kelayakan

Calon lantikan Temuduga Terbuka KTMB 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Kepujian dalam Bahasa Malaysia serta Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Berumur dari 18 tahun hingga 28 tahun (mengikut tahun kelahiran).
  • Bagi calon dalaman, telah disahkan dalam jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun serta umur tidak melebihi 32 tahun.
  • Bagi jawatan Pramugara & Pramugari Tren,
  1. Tinggi tidak kurang daripada 169 cm (lelaki) dan 157 cm (perempuan) dengan tanpa memakai kasut.
  2. Mempunyai berat badan yang ideal dengan BMI perempuan di antara 18.5 hingga 23 dan BMI lelaki di antara 19 hingga 24.
  • Sihat tubuh badan, iaitu tidak cacat anggota, tidak buta warna dan tidak berkaca mata.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai personaliti yang menarik.
  • Bersikap proaktif dan positif dan minat yang mendalam dalam bidang perkhidmatan pelanggan.
  • Tiada rekod jenayah dan bebas daripada pengaruh dadah.
  • Sedia berkhidmat di mana-mana lokasi di rangkaian KTM Berhad.
  • Bekas cabin crew / flight attendance juga digalakkan untuk memohon.

Spesifikasi Tugas

  • Memastikan penumpang membuat perjalanan yang selesa dan tiba ke destinasi dengan selamat mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Menyantuni penumpang dengan penuh senyuman sepanjang masa.
  • Bersedia membantu penumpang pada bila-bila masa sepanjang perjalanan.
  • Memeriksa tiket dan memastikan tarikh dan masa perjalanan adalah betul.
  • Sentiasa mempunyai maklumat semasa, info tren terkini dan kesediaan menjawab sebarang pertanyaan berhubung dengan jadual tren, tiket serta menerima maklumbalas dari penumpang / tetamu bagi tujuan memperbaiki mutu perkhidmatan dan menyerahkan laporan kepada pegawai penyelia.
  • Sentiasa memastikan keselamatan penumpang sepanjang masa.
  • Membuat pengumuman dari semasa je semasa jika berlaku kecemasan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut yang terkini berkaitan Temuduga Terbuka ini, sila rujuk pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH TEMUDUGA TERBUKA KTMB 2024<<<

Temuduga Terbuka KTMB 2024 Kini Kembali! 1

Maklumat Tambahan

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen-dokumen seperti berikut semasa menghadiri Temuduga Terbuka ini, iaitu

  1. Resume Yang Terkini.
  2. Kad Pengenalan & Sijil Akademik (Asal).
  3. 1 Salinan Kad Pengenalan & Sijil Akademik.
  4. 2 Keping Gambar Berukuran Pasport.

Etika pemakaian semasa temuduga adalah seperti berikut:

  1. Pakaian pejabat atau formal.
  2. Pemakaian t-shirt, jeans, kasut sukan dan selipar adalah tidak dibenarkan.

Kegagalan calon menyediakan dokumen dan mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan seperti di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Temuduga Terbuka ini.

Temuduga Terbuka KTMB 2024 Kini Kembali! 2
Mohon perhatian, iklan Temuduga Terbuka KTMB 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Temuduga Terbuka KTMB 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More