Temuduga Terbuka Pos Aviation Sdn Bhd Tahun 2024
Temuduga Terbuka Pos Aviation bagi tahun 2024 akan diadakan untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.
Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk menghadiri temuduga terbuka seperti ketetapan dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Temuduga Terbuka Pos Aviation
Maklumat tentang Temuduga Terbuka Pos Aviation pada tahun 2024 ini adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | 1. Pegawai Perkhidmatan Penerbangan 2. Pemuat Operasi / Pemandu (Lori Hi-lift) 3. Penyelia Set Dulang Katering Dalam Penerbangan (Supervisor Tray Set) |
Tarikh Temuduga Terbuka | 29 November 2024 (Jumaat) |
Masa Temuduga Terbuka | 9:00 AM – 5:00 PM |
Lokasi Temuduga Terbuka | Putrajaya International Convention Centre (PICC) |
Syarat Pelantikan
Calon lantikan Temuduga Terbuka Pos Aviation ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Syarat-syarat kelayakan akademik dan syarat tambahan mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Perkhidmatan Penerbangan
Calon lantikan Temuduga Terbuka Pos Aviation hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Persijilan, Diploma Kulinari / Pengurusan Makanan dan Minuman / Pentadbiran.
- Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan fasih.
- Berumur antara 19 hingga 35 tahun.
- Calon mesti memiliki lesen memandu sah kelas ‘B2’ dan ‘D’, sama ada masih ‘P’ atau lesen memandu penuh.
- Mampu dan sanggup bekerja secara SHIFT atau dalam masa 24 jam untuk operasi siap sedia / sandaran.
- Ini adalah jawatan Bukan Eksekutif.
- Keutamaan kepada calon yang boleh bekerja secepat mungkin dan mempunyai sikap yang baik.
- Lokasi kerja adalah di KLIA.
- Telah divaksin sepenuhnya.
Jawatan Pemuat Operasi / Pemandu (Lori Hi-lift)
Calon lantikan Temuduga Terbuka Pos Aviation hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) / Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf. Sekurang-kurangnya tamat persekolahan sekolah menengah.
- Memiliki lesen memandu sah kelas ‘D’ dan tempoh percubaan ‘P’ TIDAK layak memohon.
- Berumur antara 19 hingga 40 tahun.
- Sihat tubuh badan.
- Boleh bekerja SHIFT dan lebih masa.
- Tidak mempunyai rekod jenayah.
- Telah divaksin sepenuhnya.
Jawatan Penyelia Set Dulang Katering Dalam Penerbangan (Supervisor Tray Set)
Calon lantikan Temuduga Terbuka Pos Aviation hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma Seni Kulinari / Makanan dan Minuman atau mana-mana bidang yang berkaitan.
- Jawatan ini memerlukan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun pengalaman dalam Penerbangan atau mana-mana bidang berkaitan.
- Berumur antara 19 hingga 35 tahun.
- Mampu bekerja pada operasi SHIFT dan jam tambahan.
- Lokasi kerja adalah di KLIA, Sepang.
- Telah divaksin sepenuhnya.
Maklumat Lanjut
Permohonan boleh dibuat pada Applied Human Resource Management System dan hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk urusan selanjutnya.
Calon yang layak temu duga dikehendaki hadir ke PICC dengan berpakaian Smart Kasual dan membawa semua dokumen-dokumen yang diperlukan.
Untuk mengetahui maklumat lanjut yang terkini berkaitan Temuduga Terbuka ini, sila rujuk pautan dibawah:
>>>IKLAN PENUH TEMUDUGA TERBUKA POS AVIATION 2024<<<
Seterusnya, sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong IIUM 2024,
- Jawatan Kosong Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2024,
- Jawatan Kosong Perodua November 2024,
- Jawatan Kosong MMC 2024,
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Tenaga 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Temuduga Terbuka Pos Aviation bagi tahun 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.