Official : Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP mulai 9 April 2022
Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat bermula 9 April ini. Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP sebelum ini boleh menyemak samaada permohonan anda lulus atau tidak.
Sebelum ini YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa pihak Kerajaan Malaysia telah bersepakat untuk membenarkan pencarum KWSP untuk membuat pengeluaran khas KWSP bagi mereka yang terkesan dengan pandemik. Perkara ini telah disiarkan di saluran televisyen dan media massa dalam satu sidang media khas pada 16 Mac 2022..
Untuk makluman, tujuan kerajaan memberikan kebenaran pengeluaran khas ini adalah untuk membantu pencarum yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selain bagi memenuhi keperluan mendesak pada hari ini.
Namun, adalah dinasihatkan pencarum mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa hadapan dan hanya mengeluarkan simpanan sekiranya benar-benar perlu.
Isi Kandungan
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KWSP bagi adalah seperti berikut:
- Ahli KWSP berumur 55 tahun dan ke bawah.
- Warganegara dan bukan warganegara Malaysia termasuk pemastautin tetap.
- Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150.
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.
Cara Membuat Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP
Untuk membuat semakan status permohonan khas KWSP, pemohon boleh membuat se makan melalui pautan https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bagi permohonan pengeluaran khas KWSP 2022 ini akan dibuat bermula 20 April 2022.
Anda semua juga diingatkan, Semakan status pengeluaran khas KWSP hanya boleh dibuat melalui https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ anda semua tidak perlu pergi mengunjungi cawangan atau kiosk KWSP berhampiran untuk membuat semakan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan kaedah permohonan pengeluaran dan juga mekanisme pembayaran akan dikemaskini oleh pihak KWSP dengan kadar segera.