Official PKPB : Tiada Had Masa Keluar Semasa PKPB Mei 2020
Kita sudah sedia maklum, Pada Hari Pekerja lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi pada Isnin, 4 Mei 2020.
Bagaimanapun, tidak semua negeri akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada Isnin (04Mei 2020) kerana ingin membendung penularan jangkitan COVID-19 selain memastikan rakyat masing-masing tidak terdedah dengan jangkitan tersebut.
PKPB di Laksanakan
Tujuh buah negeri iaitu, Kedah, Sarawak, Sabah, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan kelantan merupakan negeri-negeri masih mengekalkan PKP Fasa 4.
Walaubagaimanapun, “Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat diwartakan, semua negeri perlu patuh” – Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub. Maknanya, seluruh negara kena patuh pada PKPB.
PKPB yang sudah mula dilaksanakan bermula 04 Mei 2020 secara automatiknya PKP Fasa 4 yang diwartakan sebelumnya terbatal menurut Menteri Kanan (Keselamatan)
“Oleh itu PKP 4 yang diwartakan terbatal kerana kita sudah warta PKP 5, dan tidak timbul isu ada pihak tidak mahu mematuhinya kerana itu adalah salah di sisi undang-undang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai PKP di Putrajaya, hari ini.
Ismail Sabri menegaskan, ramai yang terkeliru seolah-olah Akta 342 tidak lagi berkuatkuasa apabila PKPB dilaksanakan, sedangkan ia sama sahaja dengan PKP yang lain.
“Hukuman tetap sama iaitu kepada mereka yang ingkar dikompaun RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. Jadi statusnya sama sahaja walaupun nama bertukar kerana ia tetap PKP walaupun ada tambahan B,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, bagi pemilik premis yang gagal mematuhi SOP boleh dikenakan tindakan sama dan boleh ditutup operasi.
“Saya ingin ingatkan semua peraturan ini diwartakan dan jika diwartakan, maka peraturan diwartakan sebelum ini terbatal.
“Sebagai contoh PKP fasa empat kita wartakan misalnya satu kereta hanya boleh dinaiki dua orang, tetapi PKPB dilaksanakan kita wartakan membolehkan empat orang dalam satu kereta. Maknanya, peraturan PKP sebelum ini terbatal dan kita menggunakan peraturan baru,” katanya.
Beliau berkata, jika ada pihak yang masih hendak menggunakan peraturan PKP fasa empat ia adalah salah di sisi undang-undang kerana sudah diganti peraturan baru.
Katanya, fokus penguasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pihak berkuasa lain menerusi PKPB lebih kepada menguatkuasakan pematuhan SOP.
“Jadi saya harap semua sedar perkara ini dan semua rakyat perlu patuh,” katanya.
Untuk pengetahuan kita semua juga, sepanjang PKPB ada beberapa aktiviti yang masih belum dibenarkan untuk dilakukan.
Petang tadi, telah mengumumkan tentang tiada had mas keluar sepanjang PKPB. Adakah PKPB ini peraturan semakin dilonggarkan? Apapun keputusan, kita hanya perlu patuhi saja. Jangan memandai-mandai ingkar pula.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan perkara itu melalui sidang media harian hari ini.
Melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperkasakan semua pergerakan kenderaan persendirian sudah dibebaskan.
“Ini termasuk pergerakan antara daerah ke daerah juga dibebaskan.“Jadi tiada had jangka masa untuk keluar dalam peraturan baru ini,” katanya.
Sumber : HMetro