Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tindakan Tatatertib Kepada Ketua Jabatan Mulai Oktober 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut info terkini mengenai Tindakan Tatatertib Kepada Ketua Jabatan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Isi Kandungan

Tindakan Tatatertib Kepada Ketua Jabatan Yang Gagal Melaksanakan Pusingan Kerja Mulai Oktober

Pada 26 September 2024, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Siaran Media mengenai Tindakan Tatatertib Kepada Ketua Jabatan Yang Gagal Melaksanakan Pusingan Kerja Mulai Oktober 2024.

Tindakan Tatatertib Kepada Ketua Jabatan Mulai Oktober 2024 1
Tindakan Tatatertib Kepada Ketua Jabatan Mulai Oktober 2024 2

Menurut Siaran Media tersebut, semua Ketua Jabatan dikehendaki untuk melaksanakan pusingan kerja di organisasi masing-masing mulai Oktober 2024.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata langkah berkenaan adalah sebagai usaha memastikan setiap Kementerian dan Jabatan berupaya meningkatkan penyampaian perkhidmatan secara optimum dan berkesan.

Saranan ini merupakan salah satu inisiatif yang disasarkan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam selari dengan Surat Edaran Pelaksanaan Urusan Pusingan Kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 14 Mei 2024.

Langkah ini merupakan elemen penting dalam pengayaan dan peluasan tugas (job enrichment and job enlargement) yang menyumbang kepada kemajuan kerjaya Pegawai Awam dari segi peningkatan kompetensi, pengalaman dan motivasi.

Selain itu, pusingan kerja ini juga dapat membendung dan menangani masalah

  • prestasi kerja,
  • ketirisan dana awam,
  • penyalahgunaan kuasa, dan
  • amalan rasuah.

Justeru, semua Ketua Jabatan hendaklah memandang serius terhadap pelaksanaan pusingan kerja di Kementerian atau Jabatan masing-masing.

Tindakan Semua Ketua Jabatan

Ketua Jabatan perlu mengenal pasti dan melaksanakan pusingan kerja terhadap Pegawai Awam yang wajar ditukarkan bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan sentiasa dinamik dan menepati kehendak semasa.

Akibat Tidak Melaksanakan Pusingan Kerja

Kegagalan dalam melaksanakan pusingan kerja boleh disifatkan sebagai cuai dalam melaksanakan tugas dan tidak bertanggungjawab.

Ketua Jabatan boleh dikenakan Tindakan Tatatertib di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].

JPA percaya bahawa tindakan ini akan menjadi peringatan kepada semua Pegawai Awam tentang kepentingan melaksanakan tugas dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

JPA akan terus memantau dan menilai pelaksanaan pusingan kerja ini untuk memastikan matlamat yang diharapkan tercapai.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Tindakan Tatatertib Kepada Ketua Jabatan Yang Gagal Melaksanakan Pusingan Kerja Mulai Oktober ini, sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam atau laman-laman sosial rasmi seperti berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More