Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tip-tip mengulangkaji pelajaran yang berkesan

Tip-tip mengulangkaji pelajaran yang berkesan ini sangat sinonim dalam pembelajran anak-anak kita. Ketika anak anda sedang mengulang kaji pelajaran, agak-agaknya berapa yang anak anda dapat sepanjang dia berada di meja tersebut? Adakah pelajaran itu masuk ke dalam otak dia dengan baik? Ataupun sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri?

Sekiranya anak anda mengalami masalah untuk mengulangkaji pelajaran ataupun menghafal fakta-fakta, ia mungkin berpunca daripada pengamalan kaedah belajar yang salah.

Isi Kandungan

Tip-tip mengulangkaji pelajaran yang berkesan

Berikut dikongsikan tip-tip belajar dengan berkesan daripada Dr Fadhilah Kamsah :

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. Bagaimana caranya, rujuk post aktiviti meransang otak kanan

Tip-tip mengulangkaji pelajaran yang berkesan 1

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

  • Kita ingat 10% apa yang dibaca
  • Kita ingat 20% apa yang didengar
  • Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
  • Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

  • Tampal nota-nota penting di dinding

Tip-tip mengulangkaji pelajaran yang berkesan 2

  • Gunakan kaedah akronim

Tip-tip mengulangkaji pelajaran yang berkesan 3

  • Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  • Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham. Sekarang sudah mudah kerana pelajar sudah ada group whatsapp bersama dengan guru.

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

Inilah peluang anda untuk membantu anak-anak anda mengulangkaji pelajaran di rumah sementara banyak masa terluang disebabkan PKP ini. Selain dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, dapat juga meluangkan masa bersama-sama anak-anak. Anak-anak juga akan merasa gembira diberi perhatian oleh ibu bapa mereka yang sebelum ini kurang memberi perhatian kerana sibuk bekerja.

Adakah Tip-tip mengulangkaji pelajaran yang berkesan ini membantu anda?

Ya, ianya sangat membantu dan boleh dijadikan rujukan bagi para ibubapa. Anda juga boleh layari portal ini untuk http://elearning.islam.gov.my/belajar berkenaan dengan ilmu islam khususnya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More