6 Langkah Beserta Tips Bersihkan Peti Ais Rumah Anda
Tips Bersihkan Peti Ais sangat penting untuk diketahui supaya peti ais di rumah kita sentiasa dalam keadaan yang bersih dan wangi. Semua mengetahui bahawa peti ais merupakan barangan elektrik yang wajib ada di setiap isi rumah.
Peti ais atau peti sejuk berfungsi untuk menyimpan barangan basah, barangan kering dan sejuk beku. Justeru, ia menjadi satu keperluan di setiap rumah.
Walau bagaimanapun, peti ais perlu sentiasa dicuci kerana ia boleh mengundang bauan yang kurang menyenangkan dan tidak sedap mata memandang jika tidak dijaga dengan baik.
Tambahan lagi, campuran pelbagai makanan yang diletakkan di dalam peti ais tersebut akan membuatkan bauannya bercampuran antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, ia perlu dicuci kerana sesetengah makanan atau barangan tidak tahan lama.
Oleh itu, disini admin ingin kongsikan 6 Tips Bersihkan Peti Ais yang boleh dilakukan oleh semua orang yang memiliki peti ais di rumah masing-masing.
Isi Kandungan
6 Langkah Beserta Tips Bersihkan Peti Ais
Admin yakin pasti ramai diantara kita yang memerlukan Tips Bersihkan Peti Ais ini, bukan? Jom ikuti langkah dan tips berikut:
Langkah 1: Keluarkan Semua Makanan Dan Bahan Yang Disimpan
Keluarkan semua bahan makanan, botol, bekas yang disimpan dan diletakkan pada tempat yang bersesuaian.
Periksa seluruh ruang dalam peti ais anda sebelum langkah seterusnya.
Langkah 2: Buang Makanan Yang Rosak Dan Berkulat
Langkah 3: Keluarkan Bahagian Tray Plastik / Kaca
Langkah 4: Susun Makanan Ikut Kesesuaian
- Rak pertama, anda boleh meletakkan buah-buahan, coklat atau pun bahan yang kerap digunakan.
- Rak kedua, anda boleh meletakkan sayur atau bahan memasak.
- Pastikan barang basah seperti ikan, ayam dan lain-lain diletakkan di dalam tupperware dan disimpan pada bahagian freezer.
- Cuci sayur bersih. Elok direndam di dalam air garam.
- Tos sehingga kering dan masukkan di dalam tupperware.
- Ikan, ayam, udang mestilah dicuci bersih sebelum disimpan di dalam peti ais. Taburkan sedikit gula dan potongan limau kasturi / lemon / limau nipis sebelum disimpan untuk kesegaran.
Tips Bersihkan Peti Ais ini bukan sahaja untuk membersihkan peti ais malah ia memudahkan proses untuk memasak kerana bahan sudah bersih. Cuma perlu dibilas lagi sekali sebelum memasak.
Langkah 5: Wangikan Peti Sejuk Anda
Untuk wangikan peti ais, anda boleh meletakkan bahan cadangan seperti di bawah:
- Boleh gunakan vanilla untuk wangikan peti ais anda. Letakkan beberapa titisan vanilla di dalam bekas dan letakkan dalam peti ais.
- Beberapa helai daun pandan diletakkan dalam peti ais.
- Potongan hirisan lemon boleh diletakkan di dalam bekas dan diletakkan dalam peti ais.
- Letakkan beberapa titis Lemon Essential Oil di dalam bekas dan diletakkan dalam peti ais.
Langkah 6: Bersihkan Bahagian Luar Peti
Diharapkan dengan perkongsian Tips Bersihkan Peti Ais ini dapat membersihkan peti ais anda.
Semoga perkongsian Tips Bersihkan Peti Ais ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi tips-tips yang menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.