Tips dan Panduan Kertas Kerja Guru berserta contoh
Isi Kandungan
Tips dan Panduan Kertas Kerja Guru berserta contoh.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja bermaksud makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.
Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu. Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan.
Berikut merupakan sedikit Tips dan Panduan Kertas Kerja.
1. Tajuk hendaklah jelas dan menggambarkan matlamat/objektif program/projek
2. Nyatakan secara jelas tujuan kertas kerja yang disediakan samada untuk;
– Kelulusan/makluman/ perbincangan/sebagainya
– Untuk siapa ianya dikemukakan.
– Nyatakan apakah okjektif/matlamat yang ingin dicapai.
2. Nyatakan secara jelas butiran mengenai;
– Tarikh/Masa/Tempat
– Peserta/Kumpulan sasar
– Yuran/Bayaran yang dikenakan
– Kerjasama /Bantuan
Para guru boleh rujuk dan semak contoh kertas kerja yang dikumpulkan bersama dibawah sebagai panduan juga.
Berikut merupakan pautan untuk dimuat turun contoh kertas kerja bagi program-program sekolah.
Dapatkan “Tips dan Panduan Kertas Kerja ” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Download :
- kertas- kerja-ladap
- KERTAS KERJA STEM SKPTM 2018
- kertas-kerja-kempen-ponteng-sifar
- kartas-cadangan-seminar-motivasi-ii-pmr-spm-
- kertas cadangan program kecemerlangan -spm-dan-pmr
- kertas kerja -cadangan -lawatan -sambil -belajar
- kertas kerja program peningkatan akademik
- kertas kerja sempena bulan sains dan matematik
- kertas-cadangan-prog-minggu-antidadah
- kertas-kerja kejohanan sukan tahunan
- kertas-kerja-bulan-kemerdekaan
- kertas-kerja-ceramah-kesihatan
- kertas-kerja-kelas-bimbingan- berfokus
- kertas-kerja-kem-pemantapan-sahsiah-murid
- kertas-kerja kawat kaki krs
Kongsikan kepada rakan guru yang lain juga.
Penutup
Semoga Tips dan Panduan Kertas Kerja Guru berserta contoh ini memberi manfaat kepada para guru diluar sana dan memudahkan urusan dalam menjalani setiap program sekolah.
Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.
Anda juga mungkin berminat dengan 8 Tips Meningkatkan Motivasi Anda di Tempat Kerja