Viral 1 Tips Elak Getah Nangka Melekat Pada Pisau Dan Tangan
Tips Elak Getah Nangka Melekat Pada Pisau Dan Tangan telah viral baru-baru ini! Rupanya ramai baru tahu teknik ini!
Buah nangka merupakan sejenis buah yang boleh didapati di negara-negara tropika seperti Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain. Buah nangka sedap dimakan apabila ia sudah masak ranum dan manis.
Selain di makan begitu sahaja, buah nangka yang sudah masak juga sering dijadikan hidangan masakan seperti pengat nangka. Pengat merupakan sejenis menu manisan yang sering menjadi hidangan minum petang bagi kaum Melayu.
Selain buah yang sudah masak, nangka muda juga sering mendapat perhatian bagi penggemar masakan kampung atau tradisional. Nangka muda seringkali dijadikan hidangan masak lemak di rumah mahupun majlis-majlis kenduri kahwin.
Bagi mereka yang mempunyai pengalaman dalam memproses nangka muda pasti pernah berhadapan dengan getah nangka yang sangat susah untuk ditanggalkan. Selalunya, orang-orang lama akan menggunakan minyak dengan cara menyapu di tangan dan pisau sewaktu mahu memproses nangka muda tersebut.
Sebenarnya terdapat satu lagi cara mudah untuk memproses nangka muda hanya dengan menggunakan air sahaja. Seorang pengguna TikTok bernama @nani_izan telah berkongsi kepada umum berkenaan Tips Elak Getah Nangka Melekat Pada Pisau Dan Tangan hanya menggunakan aliran air paip sahaja.
Tips Elak Getah Nangka Melekat Pada Pisau Dan Tangan
Menurut wanita tersebut, teknik itu merupakan tradisi bagi keluarganya yang telah lama digunakan untuk memproses nangka muda.
Tambah wanita itu, teknik yang dilakukan oleh keluarganya adalah dengan mengupas kulit nangka sambil dialirkan air paip sampai akhir proses berkenaan.
Getah akan ikut turun bersama aliran air paip tadi dan tidak akan melekat pada pisau yang sedang digunakan.
“InsyaAllah, getah akan turun bersama aliran air. Getah pun tak akan melekat pada pisau dan tangan. Senang kan,” kata wanita berkenaan dalam perkongsian video tersebut.
Menurutnya lagi, terdapat beberapa tempat menggunakan teknik minyak yang disapukan pada tangan dan pisau dalam memproses nangka muda tersebut.
Sumber: @nani_izan
Perkongsian wanita tersebut sehingga artikel ini ditulis telah mencapai lebih satu juta tontonan daripada pengguna.
Diharapkan dengan perkongsian Tips Elak Getah Nangka Melekat Pada Pisau Dan Tangan ini dapat memberi ilmu yang baharu kepada anda di luar sana.
Semoga perkongsian Tips Elak Getah Nangka Melekat Pada Pisau Dan Tangan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi tips-tips yang menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.