Tips Hantar Gambar Di Whatsapp Supaya Tidak Pecah
Tips Hantar Gambar Di Whatsapp Supaya Tidak Pecah pasti ramai yang ingin mengetahuinya, bukan?
Bukan apa, jika ada gambar yang ingin dihantar kepada seseorang pasti ramai memilih untuk menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menghantarnya kerana mudah dan cepat.
Tetapi kadang kala apabila menggunakan WhatsApp untuk menghantar gambar, pasti ada juga gambar yang dihantar mempunyai kualiti yang tidak memuaskan dan gambar menjadi pecah.
Menerusi satu video yang telah dimuat naik oleh @af7echofficial di akaun TikToknya, dia telah berkongsi Tips Hantar Gambar Di Whatsapp Supaya Tidak Pecah dan bagaimana langkah yang betul untuk menghantar gambar tanpa menjejaskan kualiti gambar menerusi WhatsApp.
Justeru, masalah gambar yang dihantar menjadi pecah tidak akan berlaku lagi jika anda menggunakan tips yang telah dikongsikan ini.
Perkara ini memudahkan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga ibu bapa dan rakan-rakan kerana tidak perlu menggunakan aplikasi lain untuk menghantar gambar. Jom ikuti perkongsian berikut.
Isi Kandungan
Tips Hantar Gambar Di Whatsapp Supaya Tidak Pecah
Admin yakin pasti ramai diantara kita yang memerlukan Tips Hantar Gambar Di Whatsapp Supaya Tidak Pecah ini, bukan? Jom ikuti langkah-langkah berikut.
Langkah 1: Buka Photos Dan Pilih Gambar
Pertama sekali, anda perlu pergi ke ‘Photos’ dan pilih gambar yang ingin dihantar.
Kemudian pilih bahagian ‘Share’ dan ‘Save to files’ gambar yang telah dipilih tadi.
Langkah 3: Hantar Gambar Di WhatsApp
Seterusnya, buka aplikasi WhatsApp dan pilih ‘Chat’ seseorang yang anda ingin berkongsi gambar tersebut.
Pada bahagian ‘Chat’ tekan simbol tambah ‘+’ dan pilih ‘document’.
Dokumen tersebut akan memaparkan gambar yang anda telah simpan tadi, jadi pilihlah gambar yang ingin dihantar.
Akhir sekali, tekan butang ‘Send’ dan selesai! Gambar anda pasti tidak akan pecah lagi apabila menggunakan cara ini!
Sekiranya anda mengikuti cara ini, resolusi gambar pasti tidak akan berkurang dan gambar yang diterima tidak akan pecah. Jadi, selepas ini anda tidak perlu lagi untuk menggunakan aplikasi selain WhatsApp untuk menghantar gambar. Hanya dengan melakukan beberapa langkah mudah tadi, gambar anda boleh dihantar kepada seseorang tanpa menjejaskan kualiti lagi.
Credit Sumber: @af7echofficial
Semoga perkongsian tentang Tips Hantar Gambar Di Whatsapp Supaya Tidak Pecah ini memberi sedikit pendedahan dan bermanfaat kepada anda semua.
Selain info teknologi tentang Tips Hantar Gambar Di Whatsapp Supaya Tidak Pecah ini, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi fakta lain berkaitan teknologi dunia yang semakin hari semakin canggih ini di TcerDotMy kerana kami sentiasa berkongsi fakta menarik untuk rujukan utama anda.