4 Langkah Dan Tips Hilangkan Hanyir Ikan Keli Dengan Mudah
Tips Hilangkan Hanyir Ikan Keli sangat penting untuk diketahui oleh semua yang ingin memasaknya supaya menu masakkan Ikan Keli itu sedap dimakan.
Ikan Keli merupakan spesies ikan yang paling disukai oleh masyarakat Malaysia, susulan ia mudah untuk didapati lebih-lebih lagi jika kawasan itu mempunyai air tawar.
Cara mudah untuk menikmatinya adalah dengan menggoreng Ikan Keli tersebut kemudian makan dengan nasi panas sahaja pasti ia sangat memikat selera.
Tetapi jika Ikan Keli tidak disiang dengan betul, bau hanyir itu pasti akan melekat walaupun Ikan Keli tersebut telah digoreng.
Oleh itu, menerusi satu perkongsian daripada Afy AL Habibi di Facebook, dia telah berkongsi Tips Hilangkan Hanyir Ikan Keli.
Isi Kandungan
Tips Hilangkan Hanyir Ikan Keli
Admin yakin pasti ramai diantara kita yang memerlukan Tips Hilangkan Hanyir Ikan Keli ini, bukan? Jom ikuti tips berikut:
Langkah 1: Buang Darah Beku Pada Ikan Keli
Pertama sekali, potong di bahagian tengah iaitu perut ikan dan bersihkan lemak serta darah beku yang ada pada Ikan Keli tersebut. Buang semua darah beku yang ada di bahagian tengah itu.
Seterusnya, buang lebihan darah beku yang tersorok. Bahagian ini agak rumit kerana orang selalu terlepas pandang. Sebenarnya ada satu lagi bahagian yang mempunyai darah beku. Bahagian tersebut terletak di hujung kiri dan kanan. Gunting sedikit di bahagian yang ditunjukkan seperti di dalam gambar dibawah dan buang lebihan darah itu.
Kalau nak tahu, bahagian itu adalah punca sebenarnya Ikan Keli berbau kuat walaupun selepas dibersihkan.
Langkah 2: Basuh Ikan Keli
Kemudian, basuh ikan keli dua hingga tiga kali bagi menghilangkan darah yang melekat di badannya.
Langkah 3: Rendam Dengan Tepung Gandum
Cara untuk menghilangkan bau hanyir secara keseluruhan adalah dengan rendam dengan tepung gandum. Masukkan dua sudu besar tepung gandum di dalam air, gaul rata dan biarkan seketika.
Langkah 4: Cuci Ikan Keli Sehingga Bersih
Selepas itu, cuci lagi Ikan Keli tersebut sehingga bersih. Rupa Ikan Keli yang telah siap dibasuh bersih adalah seperti gambar dibawah.
Rahsia Isi Ikan Keli Menjadi Rangup
Selain berkongsi tentang Tips Hilangkan Hanyir Ikan Keli, dia turut berkongsi tips bagaimana untuk mendapatkan Ikan Keli yang rangup serta Ikan Keli tidak berlipat semasa menggoreng.
Jelasnya, cara yang perlu dilakukan adalah menggelar badan Ikan Keli secara rapat-rapat.
Kemudian, lumur Ikan Keli dengan bahan tumbuk dibawah untuk mendapatkan isi Ikan Keli yang rangup iaitu
- 1 ulas bawang putih
- 1 hiris nipis halia
- serbuk kunyit
- garam
- secukup rasa
Tips untuk memastikan Ikan Keli tidak mengeluarkan letupan kecil semasa menggoreng, Ikan Keli tersebut perlulah dilumur dengan sedikit tepung gandum. Caranya ialah lumur nipis dengan tepung gandum Ikan Keli yang telah disalut bahan tumbuk tadi.
Goreng Ikan Geli menggunakan tips ini bukan sahaja membuatkan Ikan Keli menjadi rangup malah ianya juga boleh membuatkan Ikan Keli tidak melekat ketika digoreng.
Sebelum menggoreng, masukkan dua keping asam di dalam minyak yang banyak dan panas dan kemudian masukkan Ikan Keli tersebut, tutup dengan tudung periuk dan kemudian tunggu sehingga masak.
Selepas sebelah ikan garing elok, terbalikkan arah tersebut. Kemudian tos dan bolehlah diangkat.
Jadi, anda boleh menggunakan tips yang diberikan ini untuk mendapatkan Ikan Keli yang rangup dan juga tidak berlipat.
Sumber: Afy AL Habibi
Diharapkan dengan perkongsian Tips Hilangkan Hanyir Ikan Keli ini dapat menghilangkan hanyir Ikan Keli yang anda ingin masakkan nanti.
Semoga perkongsian Tips Hilangkan Hanyir Ikan Keli ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Selamat Mencuba!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.