Tips Kurus Tanpa Skip Makan
Tips kurus tanpa skip makan pasti menjadi kegilaan ramai orang. Terutama bagi anda yang memiliki berat badan berlebihan dan telah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan tapi masih lagi tidak berjaya ia sememangnya menjadi satu kekecewaan dan ini juga menjadi punca kegagalan menurunkan berat badan.
Ini adalah kerana apabila telah kecewa mencuba pelbagai cara diet tetapi masih gagal dan akhirnya terhenti ditengah jalan dan hasilnya berat menjadi bertambah lagi akibat dari kegagalan dan kekecewaan tersebut kerana anda akan makan dengan lebih lagi.
Berikut adalah perkongsian amalan seharian dari Saudara Faiz Saumi yang telah berjaya menurunkan berat badannya dengan mengamalkan diet yang seimbang.
Mungkin dengan kejayaan beliau menurunkan berat badan, beliau boleh dijadikan mentor dan semangat buat anda yang telah berazam menurunkan berat badan.
Isi Kandungan
8 Perkongsian Bermakna Tips Kurus Tanpa Skip Makan
Hari ini saya akan kongsikan Tips Kurus Tanpa Skip Makan seharian saya sehingga ke tahap ini. Tempoh masa yang diambil setahun (May 2019 – May 2020)
- Wajib ambil sarapan pagi, jangan pernah skip langsung walau sekali. Disarankan jangan tidur selepas subuh. Waktu terbaik untuk sarapan pagi adalah 7.00 hingga 8.00 pagi. Contoh sarapan yang diambil roti wholemeal, telur rebus/separuh masak 2 biji, pisang/ jambu batu/yogurt greek.
- Jam 10.00-11.00 pagi, makan lagi buat macam snacking sambil buat kerja, buat snacking seperti kekacang, jambu batu atau epal.
- Jam 1.00-2.00 petang lunch time. Wajib ambil lunch! Jangan sesekali skip! Lunch yang biasa diambil segenggam nasi putih pastikan sebesar penumbuk, ayam/ikan/tempe (sumber protein paling baik!) dan sayur sayuran (protein dan sayur sayuran pastikan yang tidak bergoreng)
- Jam 3.00-4.00 petang buat snacking lagi seperti epal/kekacang/jambu batu/buah naga/pisang
- Jam 5.30-6.30 petang ambil masa untuk workout atau buat kardio atleast 30 minit! Saya selalu akan jogging atau hiking.
- Jam 7.00-7.30 mlm dinner time. Saya elakkan nasi untuk waktu malam. Tapi saya akan ambil sumber protein yang banyak untuk naikkan muscle hasil penat dari workout. Saya amalkan 1/2 protein dan 1/2 sayur-sayuran untuk satu pinggan yang besar. Antara sayur-sayuran yang bagus adalah timun, brokoli, lettuce dan tomato.
- Jam 9.00-9.30 malam selepas isyak, saya akan buat teh hijau panas tanpa gula.
- Tips lain2 , jangan sesekali ambil minuman yg bergula, banyakkan minum air kosong setiap hari, elakkan apa juga sos, banyakkan buat research, pastikan tidur awal pada waktu malam, pastikan dapat rehat yang cukup dan mental kena sentiasa kuat! Semoga manfaat untuk semua.
Cuma bulan puasa sahaja tak boleh nak control makan sebab makanan yang dijual semua mengiurkan!
Losing weight is a mind game. Change and never give up your mind. Trust me.
Anda Rancang Untuk Mulakan Diet Tips Kurus Tanpa Skip Makan Ini?
Semuanya bergantung kepada kerelaan diri kita sendiri sama ada ingin berjaya menurunkan berat badan atau tidak.
Mungkin boleh gunakan tempoh PKPB ini sepenuhnya untuk memulakan amalan makanan yang sihat dan seimbang. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini, adalah disyorkan agar mengawal nafsu makan anda dengan bersahur dan berbuka secukupnya dan tidak berlebihan. Jom mulakan tips ini dan kongsi apa pendapat anda mengenai Tips Kurus Tanpa Skip Makan ini.
Menarik untuk anda baca: Tips jantung sihat