Tips Masak Nasi Bau Wangi, Guna 2 Bahan Ini Sahaja
Ini Tips Masak Nasi Bau Wangi Dan Lembut Seperti Guna Beras Kayangan!
Nasi adalah makanan ruji kepada pelbagai jenis lapisan masyarakat dan kaum di rantau Asia.
Bercakap soal nasi dan beras, terdapat pelbagai jenis beras yang dijual di pasaran daripada untuk kesihatan sehinggalah beras wangi keluaran import.
Namun begitu, harga bagi beras wangi sangat mahal dan tidak semua mampu untuk menggunakannya sebagai pilihan utama.
Oleh itu, perkongsian ini adalah Tips Masak Nasi Bau Wangi yang mudah hanya menggunakan beras putih biasa tetapi hasilnya seperti menggunakan beras wangi.
Isi Kandungan
Tips Masak Nasi Bau Wangi Dan Lembut
Perkongsian itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @pakman3590 yang dikenali sebagai Pakman.
Menurut Pakman, bahan utama yang anda perlukan hanyalah 2 perkara iaitu
- Beras Putih Biasa.
- Beras Pulut.
Caranya mudah sahaja iaitu anda hanya perlu mencampurkan kedua-dua bahan tadi dan pastikan ia rata.
Untuk sukatannya, 20 kilogram beras biasa bersamaan dengan satu kilogram beras pulut.
Jika anda biasa menggunakan beras 10 kilogram, sukatan beras pulut yang anda perlukan adalah hanya sebanyak 500 gram sahaja.
“Dalam ni ada 20 kilogram beras. Apa yang kita perlu buat adalah kita campur beras pulut lebih kurang satu kilogram. Trick ni aku pakai, depa duk kata beras Pakman wangi bila masak nasi wangi. Trick ni lah aku pakai,” jelas Pakman dalam video tersebut.
Komen Pengguna Media Sosial Berkenaan Tips Tersebut
Perkongsian Pakman itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut. Mereka juga dilihat sempat meninggalkan komen berkenaan perkongsian video tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Abah saya ajar trick macam ni lah bila masak nasi nak bagi wangi & lembut. Nisbah 2 pot beras, segenggam kecil beras pulut. Memang sedap,” tulis seorang netizen yang berkongsi tips yang sama.
“Betul masak nasi lemak, nasi ayam pun sama memang sedap bila mix beras & pulut. Cara mak saya berniaga dulu. Terbaik Pak Man,” tulis seorang lagi netizen yang bersetuju dengan tips dari Pakman tersebut.
“Dah cuba, memang nasi jadi wangi dan lembut,” tulis seorang netizen berkongsi percubaannya selepas melakukan tips tersebut.
Kredit Sumber: @pakman3590
Harapan Penulis
Begitulah Tips Masak Nasi Bau Wangi yang kita boleh cuba dan lakukan sendiri di rumah.
Hasilnya bukan sahaja wangi malah nasi yang dihasilkan juga akan menjadi lembut dan lebih sedap.
Semoga perkongsian Tips Masak Nasi Bau Wangi ini dapat memberi manfaat kepada anda semua di luar sana!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.