Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tips Mata Sihat Cantik Bersinar

Tips mata sihat ini adalah perkongsian untuk anda semua agar memiliki mata yang menawan dan cantik bersinar adalah impian semua orang, terutamanya kaum wanita.

Mata yang sihat dan segar mempengaruhi keserian wajah seseorang.

Berikut adalah kaedah mudah yang boleh dilakukan setiap hari dan tidak menelan kos yang tinggi untuk memiliki mata menawan dan cantik bersinar.

Tips Mata Sihat Cantik Bersinar

  • Minum air secukupnya

Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.  Air berfungsi sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

  • Tidur secukupnya

Tidur yang cukup juga merupakan salah satu tips mata sihat. Kurang tidur boleh menyebabkan mata kelihatan lesu, sembap dan terbentuk lingkaran gelap di bawah mata (eyebag).  Orang dewasa disyorkan untuk tidur di antara 6 – 8 jam sehari.  

  • Senaman Mata

Senaman mata perlu diamalkan bagi menggalakkan kesihatan mata.  Antara senaman ringan untuk mata ialah dengan menggerakkan mata ke kanan ke kiri ke atas dan ke bawah dalam lima kitaran untuk satu minit bagi meredakan ketegangan di sekitar otot mata.Ini juga merupakan tips mata sihat yang muda diamalkan.

tips mata sihat

Sekiranya anda melakukan tugasan sepanjang hari di hadapan komputer, anda boleh  menutup mata secara perlahan hingga tertutup sepenuhnya sebanyak sepuluh kali dapat mengelak mata terasa kering.

Anda juga digalakkan dalam setiap 20 minit, berhenti seketika.  Alihkan pandangan daripada skrin komputer dan lihat objek jauh selama 20 saat.

  • Melihat pemandangan hijau

Pandang tumbuh-tumbuhan hijau selalu untuk kesegaran mata anda adalah salah satu tips mata sihat yang senang diamalkan.

  • Bersihkan solekan mata dengan betul

Pastikan solekan pada bahagian mata dibersihkan dengan teknik yang betul sebelum tidur. Ini bagi mengelakkan bahan kimia daripada meresap ke dalam mata.

  • Amalan Makan Vitamin Mata

Salah satu tips mata sihat adalah sentiasa mengamalkan makanan seimbang, lebih-lebih lagi yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesihatan mata.

Secara ringkasnya mata memerlukan vitamin dan zat tambahan seperti berikut:

Sebagai contoh, lobak merah, sayuran dan buah-buahan berwarna jingga-kuning sangat baik untuk kesihatan mata kerana mengandungi Lutein dan Zeaxanthin.  Ia membekalkan nutrisi pada mata dengan bertindak sebagai antioksida yang menghalang daripada radikal bebas yang berbahaya.

Vitamin A juga dikenali sebagai Retinol  bagus bagi membantu menangani masalah penglihatan kurang jelas pada waktu malam.  Makanan yang kaya dengan Vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.

Makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, kentang, sayuran berdaun hijau dan tomato.  Ia dipercayai dapat membantu pembentukan kolagen yang mampu menambah keanjalan kulit di sekeliling mata dan ia juga mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma.

  • Amalan Rohaniah

Jaga hati dan jaga pandangan kita.  Hindarilah dari melihat perkara maksiat dan yang tidak elok.

Bagi anda yang beragama Islam, sentiasa amalkan membaca ayat suci Al-Quran.  Ayat Al-Quran adalah sebagai syifa’ iaitu penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit.  Sebagai contoh ayat 22 dari Surah Qaf sesuai untuk menguatkan pandangan dan menghilangkan kerabunan mata.

  • Lindungi dari sinaran matahari

Gunakan cermin mata anti ultraviolet (UV) sewaktu melakukan aktiviti luar di bawah cahaya matahari.  Terdedah kepada sinar UV yang berlebihan dan tinggi akan menyebabkan katarak, boleh merosakkan kornea, kanta dan selaput retina mata.

  • Amalan Petua

Pelbagai petua dari nenek moyang kita untuk kesihatan mata bagus dijadikan amalan.

Antaranya dengan meletakkan hirisan timun atau uncang teh yang sudah digunakan di atas kelopak mata anda. Anda perlu menyejukkannya terlebih dahulu.

Teh mengandungi kafein dan tannin yang membantu mengecutkan salur darah dan menggalakkan air bertakung disingkirkan dari kawasan sekitar mata.

Timun pula membuatkan mata anda sejuk seterusnya mampu merehatkan urat saraf mata.

Selain itu, meletakkan ketulan ais kecil atau sudu besi yang telah disejukkan pada mata juga boleh digunakan bagi menyegarkan mata yang mengantuk.

Diharapakan perkongsian tips mata sihat ini akan memberi manfaat kepada anda semua.

Menarik untuk anda baca: SAKIT JANTUNG PEMBAWA MAUT

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More