13 Tips Nak Bagi Daging Lembut Dan Tidak Liat
Tips Nak Bagi Daging Lembut Dan Tidak Liat sangat penting untuk diketahui oleh semua yang ingin memasaknya supaya menu masakkan daging kita sedap dimakan.
Baru-baru ini, seluruh umat Islam telah menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Sudah tentu pada ketika ini ianya sangat sinonim dengan lambakan daging korban.
Sebahagian besar komuniti dan masyarakat telah menerima pemberian daging korban. Justeru, disebalik banyak daging korban yang diterima tersebut pasti ada daging yang lembut dan ada juga daging yang liat sampai susah nak makan.
Isi Kandungan
13 Tips Nak Bagi Daging Lembut Dan Tidak Liat
Admin yakin pasti ramai diantara kita yang memerlukan Tips Nak Bagi Daging Lembut Dan Tidak Liat ini, bukan? Jom ikuti tips berikut:
Potong Daging Harus Melintang Urat
- Potong daging mestilah melintang urat.
- Hasil daging yang dimasak pasti akan lembut.
- Jangan potong daging mengikut urat nanti susah untuk makan kerana liat.
Perap Daging Dengan Cuka
- Cuci bersih daging.
- Kemudian masukkan cuka dalam 2 sudu besar.
- Gaul dan perap dalam 30 minit.
- Boleh terus masak macam tu atau nak cuci dahulu juga boleh.
- Tetapi lebih baik terus masak tanpa bilas perapan cuka tersebut kerana akan rasa masakan sedikit masam-masam dan tiada bau hamis daging.
Rebus Daging Dengan Air Campur Gula
- Apabila air dicampur gula, suhu didih akan meningkat lebih dari 100 darjah Celsius.
- Jadi daging cepat lembut.
- Kemudian, bila dah lembut, keluarkan daging, masaklah ikut menu kita nak makan.
Rebus Daging Dalam Air Campur Dengan Pucuk Betik
- Rebus daging macam biasa di dalam air.
- Masukkan pucuk betik.
- Apabila daging sudah lembut, keluarkan daun betik dan masak seperti biasa (ini tips orang-orang lama).
Rebus Daging Dalam Air
- Rebus daging dalam air.
- Kemudian masukkan sebatang sudu besi.
- Biarkan menggelegak dan masak macam biasa.
Rebus Daging Menggunakan Akar Pandan
- Ambil akar pandan.
- Cuci bersih dan masukkan dalam periuk berisi daging dan tulang.
- Hasilnya pasti daging lembut sampai tercabut isi dari tulang.
Rebus Daging Dengan Gula Batu
- Boleh letak seketul gula batu time merebus daging atau tulang.
- Rebus tulang atau daging macam biasa.
Rebus Daging Dengan Kurma
- Boleh masukkan beberapa biji buah kurma semasa merebus daging atau tulang.
- Rebus tulang atau daging macam biasa.
Rebus Daging Dengan Nenas
- Ramas nenas.
- Gaul bersama daging dan perap sebelum direbus.
Rebus Daging Dengan Daun Nangka
- Daging dicuci bersih.
- Semasa merebus letak daun nangka dan rebus daging atau tulang macam biasa.
Rebus Daging Dengan Halia Dan Garam
- Ambil halia dan tumbuk halia serta campurkan sedikit garam.
- Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam.
- Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.
Rebus Daging Dengan Ketulan Ais
- Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging.
- Biarkan seketika kemudian cuci.
- Daging akan cepat empuk.
Rebus Daging Dengan Soda Bicarbonate
- Cuci daging dengan Soda Bicarbonate.
- Perap sekejap dan selepas itu cuci bersih.
- Baru masak seperti biasa.
Sumber: Umi Kalsom Ahmad
Diharapkan dengan perkongsian Tips Nak Bagi Daging Lembut Dan Tidak Liat ini dapat melembutkan daging yang anda ingin masakkan.
Semoga perkongsian Tips Nak Bagi Daging Lembut Dan Tidak Liat ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.