Boleh Tahan Sehingga 1 Bulan, Ini Tips Simpan Lemon Supaya Tahan Lama
Tips Simpan Lemon ini adalah sangat penting supaya lemon yang kita beli boleh tahan lebih lama dan sentiasa segar.
Dalam krisis makanan global yang melanda dunia pada ketika ini, orang ramai mula bijak merancang perbelanjaan dan menyimpan barangan makanan.
Sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukan kaedah yang betul bagi proses penyimpanan bahan tersebut.
Jika disimpan menggunakan kaedah atau teknik yang betul, bahan-bahan tersebut mampu tahan lebih lama dan masih boleh digunakan.
Justeru, kali ini admin akan kongsikan berkenaan Tips Simpan Lemon agar tahan lama dan kekal segar.
Isi Kandungan
Tips Simpan Lemon Untuk Kekal ‘Fresh’ Lama
Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @thecafe805 yang juga pemilik sebuah kafe.
Menerusi video itu, pelanggan yang datang ke kafenya sering bertanyakan berkenaan buah lemon yang disimpan rapi di dalam botol yang terletak di dalam peti sejuk.
Menurut lelaki itu, balang dipenuhi buah lemon yang diletakkan dalam peti sejuk itu ada sebabnya tersendiri.
“Kenapa kita simpan lemon dalam air? Sebabnya kita nak bagi lemon ni tahan lama. Macam kita orang simpan lemon dalam air sebab nak bagi dia kekal fresh,” katanya dalam video perkongsian tersebut.
Tambah lelaki itu, buah lemon jika dibiarkan terdedah di luar mahupun dalam peti sejuk akan menyebabkan ia kering dan cepat rosak.
Menurutnya lagi, buah lemon yang disimpannya itu sudah sebulan di dalam peti sejuknya dan masih segar seperti baru dibeli.
Dalam pada itu, lelaki itu juga sempat menunjukkan bukti kesegaran buah lemon itu dengan memotongnya lalu memerah jus lemon tersebut.
Komen Pembaca Pada Perkongsian Video
Perkongsian itu juga telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut.
Mereka dilihat telah meninggalkan komen berkenaan tips yang dikongsikan tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Semua benda aku simpan dalam air, halia, kunyit, serai, jering. Memang tahan lama tapi kena guna air yang dah tapis,” tulis seorang netizen yang turut berkongsi tips cara penyimpanan beliau.
“Terima kasih tip ni. Lepas ni boleh beli lemon banyak-banyak,” tulis seorang netizen yang berterima kasih dengan perkongsian tip tersebut.
“Terima kasih. Ini satu tip yang berguna dan jimat supaya lemon tahan lama,” tulis seorang lagi netizen.
Kredit Sumber: @thecafe805
Begitulah Tips Simpan Lemon yang kita boleh cuba dan lakukan sendiri di rumah untuk tahan lebih lama dan sentiasa segar.
Semoga perkongsian Tips Simpan Lemon ini dapat memberi manfaat kepada anda semua di luar sana!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.