Cara Buat TNB Aduan Gangguan Elektrik
TNB Aduan Gangguan Elektrik adalah salah satu langkah untuk kita mengambil tindakan sebagai tindak balas bekalan elektrik yang terputus di kejiranan atau premis kita.
Sebagai pelanggan dan pengguna perkhidmatan elektrik Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) banyak perkara yang anda perlu tahu mengenai hak-hak anda selaku pengguna.
Masalah gangguan elektrik sering berlaku di sesuatu tempat secara berkala atau jarang berdasarkan keadaan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak TNB.
Namun, penting untuk anda mempunyai asas untuk berhubung pihak TNB Aduan Gangguan Elektrik apabila terjadi ‘blackout’ secara tiba-tiba.
Isi Kandungan
Tanggungjawab Sebagai Pengguna untuk Membuat Aduan
Sebagai pengguna, anda perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah yang timbul berkenaan masalah perkhidmatan elektrik kepada TNB.
TNB akan cuba sedaya upaya untuk bantu memudahkan dan menyelesaikan masalah secepat mungkin.
Dengan kemahiran dan servis yang terbaik disediakan oleh TNB, maka tiada masalah jika anda melaporkan dengan segera kepada pihak yang bertanggungjawab.
Sebelum anda melaporkan TNB Aduan Gangguan Elektrik di kawasan anda, adalah penting untuk memahami mengapa anda perlu membuat aduan.
Berikut adalah beberapa situasi masalah yang anda boleh pertimbangkan untuk membuat laporan dalam kes TNB Aduan Gangguan Elektrik yang berlaku di kawasan anda.
Jenis Gangguan |
Tindakan Yang Boleh Diambil |
Terputus Bekalan Elektrik |
|
Lampu Jalan Tidak Berfungsi |
|
Gangguan Elektrik Berulang |
|
Kerosakan Pada Infrastruktur Elektrik Awam |
|
Gangguan Bekalan Elektrik Luar Biasa |
|
Kehilangan Bekalan Elektrik Selepas Bayaran |
|
Kemusnahan Atau Kerosakan Akibat Kerja Binaan Atau Pembaikan |
|
Penggunaan Elektrik Yang Tidak Selamat |
|
TNB Aduan Gangguan Elektrik
Sebelum membuat aduan, anda perlu mengenalpasti terlebih dahulu punca gangguan.
Gangguan bekalan elektrik yang berlaku pada premis anda boleh berpunca daripada pelbagai faktor.
Terdapat langkah yang perlu anda buat sebelum melaporkan TNB Aduan Gangguan Elektrik dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah:
- Semak Kotak Agihan Elektrik milik anda, pastikan suis Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) atau Residual Circuit Device (RCD) dalam keadaan ‘ON’ (suis menghala ke atas) atau tidak.
- Jika suis ELCB / RCD berada dalam keadaan ‘ON’, anda boleh semak sama ada gangguan bekalan melibatkan rumah anda sahaja, rumah-rumah lain yang berhampiran, lampu jalan atau kawasan sekeliling anda.
- Kemudian, anda boleh hubungi 15454 atau PM (Private Message) FB TNB Careline untuk membuat laporan gangguan bekalan elektrik.
TNB Careline sedia membantu anda 24 jam setiap hari.
Untuk penerangan khusus bagi membuat aduan, anda boleh merujuk infografik dibawah bagi penerangan yang terperinci untuk memastikan aduan anda kepada pihak TNB dengan kadar segera.
Cara Membuat TNB Aduan Gangguan Elektrik
Pelbagai cara untuk menghubungi pihak TNB bagi membuat aduan termasuk panggilan telefon, laman web, atau aplikasi mudah alih.
Berikut adalah cara untuk membuat TNB Aduan Gangguan Elektrik terus kepada TNB iaitu
- TNB Careline 15454
- Panggilan Suara
TNB Careline 15454
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menubuhkan Pusat Pengurusan Panggilan (CMC), yang menawarkan komunikasi serba lengkap bagi bertindak balas segera terhadap pengurusan gangguan semasa kejadian blackout.
Anda hanya perlu dail atau SMS 15454 di mana-mana di Semenanjung Malaysia dan di kawasan yang mempunyai liputan telefon bimbit dengan kos panggilan tempatan untuk panggilan suara, dan panggilan SMS adalah percuma.
Ini adalah salah satu cara yang mudah untuk anda membuat TNB Aduan Gangguan Elektrik.
Panggilan Suara
Semua panggilan diuruskan oleh ejen khidmat pelanggan yang terlatih yang akan menjawab pertanyaan pelanggan serta permintaan perkhidmatan dan bantuan semasa situasi terputus bekalan elektrik.
Maklumat dari penelefon akan disampaikan melalui Sistem Pengurusan Gangguan TNB (TOMS), dan akan diuruskan oleh Pusat Pengurusan Perkhidmatan yang terdekat dengan lokasi yang terjejas di seluruh negara.
Ketika anda menghubungi talian TNB, pihak TNB akan meminta anda menyediakan beberapa maklumat seperti dibawah iaitu
- Nombor hubungan diri.
- Nama & Alamat.
- Untuk laporan terputus bekalan elektrik, pengguna dinasihatkan untuk memberikan maklumat terperinci tentang gangguan bagi menentukan sama ada masalah terhad kepada kawasan pengguna atau berpunca dari sistem bekalan TNB.
- Anda juga akan dinasihatkan untuk memberikan maklumat tentang sama ada gangguan tersebut hanya terkesan kepada rumah anda atau kejiranan yang lain juga.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan TNB Aduan Gangguan Elektrik ini, anda boleh bertanyakan terus kepad pihak TNB melalui media sosial yang tersedia untuk kegunaan pelanggan.
Berikut adalah laman media sosial yang anda boleh mendapatkan informasi terkini dan melakukan perbualan iaitu:
Diharapkan perkongsian info tentang TNB Aduan Gangguan Elektrik ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.