Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB Prime Scholarship) Tahun 2024

Berikut adalah info mengenai permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB Prime Scholarship) bagi tahun 2024.

Isi Kandungan

Mengenai TNB Prime Scholarship

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa ini bagi mengikuti program pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB Prime Scholarship) Tahun 2024 1

Apakah Peringkat Penajaan Yang Ditawarkan?

Peringkat penajaan yang kini ditawarkan adalah Peringat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam Tahun 1, Kemasukan Semester 1, 2024/2025 (Oktober 2024).

Apakah Bidang Pengajian Yang Ditaja?

Bidang pengajian yang ditaja bagi TNB Prime Scholarship ini adalah dalam bidang Kejuruteraan Kimia.

Bidang pengajian yang akan ditaja adalah berbeza-beza pada setiap tahun. Pemohon wajib mengikuti kursus atau bidang yang ditawarkan sahaja.

Apakah Kelebihan Jika Berjaya Ditawarkan Biasiswa TNB Prime Scholarship, Selain Mendapat Pelbagai Elaun?

Pelajar tajaan TNB Prime Scholarship berpeluang untuk membuat dan menyertai:

  • Program Student CSR Exploration (SCoRE).
  • Acara Temasya Sukan Tahunan.
  • Community Support Activities.
  • Pelbagai program pembangunan pelajar.
Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB Prime Scholarship) Tahun 2024 2

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat umum permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB Prime Scholarship) bagi tahun 2024 yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Khusus untuk pelajar baru Tahun Satu Semester Pertama Ijazah Sarjana Muda yang telah mendapat tempat pengajian / surat tawaran universiti di Universiti Awam.
  2. Pemohon berstatus Warganegara Malaysia.
  3. Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari dalam tahun permohonan dibuat.
  4. Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
  5. Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
  6. Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
  7. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.

Apakah syarat kelayakan akademik untuk memohon TNB Prime Scholarship?

  • Lulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.50; atau
  • Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.50.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB Prime Scholarship) bagi tahun 2024 kini dibuka bermula 24 September 2024 sehingga 9 Oktober 2024 dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) pada borang permohonan seperti pada pautan berikut:

>>>Permohonan Biasiswa TNB Prime Scholarship 2024<<<

Tiada dokumen hardcopy yang perlu dimajukan kepada YTN semasa permohonan dibuat kerana semua permohonan adalah secara dalam talian sahaja.

Kriteria pemilihan penawaran bagi Biasiswa TNB Prime Scholarship merangkumi penilaian ujian Psikometrik dan penglibatan kokurikulum calon.

Pemohon tidak dihalang untuk membuat permohonan namun dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu. Hanya pemohon yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan sahaja akan diproses dan layak dipertimbangkan.

Semua permohonan akan diproses untuk disenaraipendek terlebih dahulu. Pemakluman tarikh untuk nama calon yang berjaya disenaraipendek boleh disemak di laman sesawang YTN dari semasa ke semasa.

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB Prime Scholarship) Tahun 2024 3

Proses Permohonan Tajaan

Berikut merupakan proses-proses permohonan tajaan yang perlu diketahui oleh semua calon yang ingin memohon, iaitu:

Proses 1Permohonan dibuat secara dalam talian sahaja.
Proses 2Calon akan disenaraipendek.
Proses 3Calon yang disenaraipendek sahaja perlu memuatnaik dokumen sokongan di portal permohonan YTN secara dalam talian.
Proses 4Calon perlu hadir temuduga secara bersemuka atau secara dalam talian.
Proses 5Pemakluman keputusan calon berjaya yang mendapat tawaran tajaan YTN.
Proses 6Pengesahan penerimaan tawaran tajaan oleh calon berjaya di portal permohonan YTN.
Proses 7Calon berjaya perlu memuat turun Surat Tawaran Tajaan YTN dan dokumen- dokumen lain yg berkaitan.
Proses 8Penghantaran dokumen sokongan hardcopy oleh calon berjaya ke Pejabat YTN.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB Prime Scholarship) ini, sila rujuk portal rasmi Yayasan Tenaga Nasional atau terus e-mel ke [email protected] atau hubungi terus talian di 03 – 8924 7500.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More