7 Langkah Mudah ‘Claim’ TNG Refund Kad Touch ‘n Go
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai TNG Refund untuk pengetahuan anda semua diluar sana.
Isi Kandungan
Apa Itu TNG Refund?
TNG Refund adalah sebuah proses e-Refund untuk menuntut semula dana, mengurus kad yang hilang atau tamat tempoh dan mempertikaikan sebarang transaksi.
Jaminan Wang Dikembalikan ialah ciri perlindungan dalam Touch ‘n Go eWallet, sekiranya transaksi tanpa kebenaran dibuat pada akaun eWallet pengguna, TNG akan membayar balik jumlah yang dipertikaikan, dengan syarat bahawa keperluan di bawah Terma & Syarat Jaminan Wang Dikembalikan dipenuhi.
Bagaimana Menuntut TNG Refund?
Pengguna boleh membuat tuntutan melalui Borang Tuntutan di laman web TNG Digital atau dengan klik pada ‘Jaminan Wang Dikembalikan’ dalam halaman Edit Maklumat pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Selain menggunakan Touch ‘n Go eWallet, terdapat lagi saluran lain untuk menuntut TNG Refund, antaranya seperti berikut:
Kad Touch ‘n Go | Dapatkan bayaran balik untuk kad yang hilang, dicuri atau tamat tempoh dan selesaikan pertikaian atau tuntut semula dana daripada kad yang tidak aktif. |
RFID | Dapatkan bayaran balik untuk caj yang salah pada Tag RFID anda untuk memastikan rekod pengebilan dan transaksi yang tepat. |
PayDirect | Betulkan ralat pengebilan pada transaksi PayDirect anda dengan memulakan bayaran balik untuk sebarang percanggahan. |
Touch ‘n Go eWallet | Failkan permintaan bayaran balik yang berkaitan dengan Touch ‘n Go eWallet dan jejak status. |
Justeru, kali ini admin akan kongsikan secara details mengenai cara untuk mendapatkan bayaran balik dan menuntut semula Kad Touch ‘n Go.
Dapatkan bayaran balik Kad Touch ‘n Go anda untuk:
- Caj yang salah; atau
- Kad telah tamat tempoh atau tidak aktif; atau
- Kad hilang.
Bayaran balik adalah eksklusif untuk pengguna portal Kad Touch ‘n Go yang berdaftar.
Daftar akaun di portal Kad TNG dan pautkan kad anda untuk menjejak transaksi, mengakses e-penyata dan selamatkan baki anda sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian.
Jika anda sudah mempunyai akaun, anda boleh terus log masuk untuk meminta bayaran balik.
Polisi Pengguna Portal Kad Touch ‘n Go
Sila baca terlebih dahulu polisi bayaran balik dibawah:
- Perkhidmatan bayaran balik Touch ‘n Go ini tersedia untuk pelanggan yang telah mendaftarkan kad Touch ‘n Go mereka dalam portal.
- Bayaran balik anda akan dikreditkan ke akaun pilihan anda berdasarkan perkara berikut:
Jenis Akaun | Butiran |
---|---|
Pemegang Akaun Malaysia | – Sila pastikan Nama Pemegang Akaun Bank dan ID Pelanggan anda sepadan dengan butiran pemilik kad berdaftar. – Pembayaran kepada Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan. |
Bukan Pemegang Akaun Malaysia | – Pembayaran ke akaun bank asing akan dibuat melalui Pemindahan Telegraf atau Telegraphic Transfer (TT). – Sila pastikan Nama Pemegang Akaun Bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Kod Swift sepadan dengan butiran pemilik kad berdaftar. – Bayaran balik kepada Akaun bukan Malaysia hanya terpakai untuk jumlah bayaran balik melebihi RM100. |
Touch ‘n Go eWallet | – Bayaran balik kepada Touch ‘n Go eWallet hanya terpakai untuk Akaun Touch ‘n Go eWallet yang disahkan. |
- Permintaan bayaran balik akan diproses dalam masa 14 hingga 30 hari dari tarikh penyerahan.
- Untuk permintaan bayaran balik kad Touch ‘n Go yang hilang / dicuri, amaun yang layak untuk bayaran balik adalah berdasarkan baki kad yang tersedia pada tarikh penyerahan borang bayaran balik.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi pihak TNG melalui saluran-saluran berikut:
- E-mel: [email protected]
- Facebook dan Twitter, @MyTouchnGo
Langkah Mudah Mendapatkan TNG Refund Menggunakan Portal Kad Touch ‘n Go
Anda boleh ikuti panduan langkah demi langkah seperti infografik dibawah untuk membuat permohonan TNG Refund pada portal Kad Touch ‘n Go e-Refund.
Diharapkan perkongsian info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!