Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TNG Visa Card: Syarat Kelayakan, Cara Mohon & Cara Aktif Kad

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai TNG Visa Card untuk pengetahuan anda semua diluar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu TNG Visa Card?

TNG Visa Card ialah kad prabayar yang dipautkan kepada baki Touch ‘n Go eWallet anda.

Kad ini boleh digunakan di seluruh dunia dan dalam talian untuk pembayaran barangan dan perkhidmatan, di mana-mana sahaja Kad Visa diterima.

Selain itu, anda boleh mengeluarkan wang tunai dari mana-mana ATM yang didayakan pada rangkaian Visa Plus.

Perhatikan logo berikut untuk mengetahui tempat anda boleh menggunakan Kad Visa anda, iaitu:

TNG Visa Card: Syarat Kelayakan, Cara Mohon & Cara Aktif Kad 1

Jadikan TNG Visa Card rakan utama anda untuk perjalanan antarabangsa yang lancar! Berikut antara kelebihan yang anda akan perolehi!

  • Peroleh pulangan harian pada baki eWallet anda dengan GO+.
  • Lindungi baki eWallet dan GO+ anda dengan WalletSafe.
  • Perjalanan tanpa bimbang ke mana-mana destinasi dengan perlindungan SafeTrip.

Kad Visa ini adalah bentuk yang boleh diurus sepenuhnya dalam eWallet supaya anda mempunyai kawalan ke atas ciri keselamatan kad seperti mengunci kad sekiranya ia hilang atau tersalah letak dan menetapkan had pembayaran tanpa sentuh.

Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang cara mudah dan selamat Kad Visa ini, iaitu:

  • Keluarkan wang tunai daripada baki eWallet anda.
  • Gelombang bayar visa.
  • Kad tanpa nombor untuk privasi.
  • Kunci pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dari eWallet anda.
TNG Visa Card: Syarat Kelayakan, Cara Mohon & Cara Aktif Kad 2

Syarat Kelayakan Memohon TNG Visa Card

Anda hanya boleh memohon Kad Visa ini melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet selagi anda melepasi syarat-syarat berikut:

  1. berumur 12 tahun,
  2. berjaya melengkapkan eKYC anda, dan
  3. kini menetap di Malaysia.

Sila ambil perhatian bahawa setiap pengguna hanya berhak mendapat satu (1) Kad Visa sahaja pada satu masa.

Cara Memohon & Mengaktifkan TNG Visa Card

Anda boleh ikuti panduan langkah demi langkah seperti infografik dibawah untuk membuat permohonan TNG Visa Card, iaitu:

TNG Visa Card: Syarat Kelayakan, Cara Mohon & Cara Aktif Kad 3
Langkah 1: Ketik pada “Visa Card”.
TNG Visa Card: Syarat Kelayakan, Cara Mohon & Cara Aktif Kad 4
Langkah 2: Kemudian ketik pada “Dapatkan Kad Sekarang” atau “Get Card Now”.
TNG Visa Card: Syarat Kelayakan, Cara Mohon & Cara Aktif Kad 5
Langkah 3: Masukkan nama pilihan anda.
TNG Visa Card: Syarat Kelayakan, Cara Mohon & Cara Aktif Kad 6
Langkah 4: Semak butiran dan ketik “Bayar Sekarang” atau “Pay Now” untuk melengkapkan permohonan.
TNG Visa Card: Syarat Kelayakan, Cara Mohon & Cara Aktif Kad 7
Langkah 5: Semak status penghantaran di sini.

Seterusnya, selepas selesai memohon, anda perlu ikuti langkah demi langkah seperti infografik dibawah pula untuk membuat pengaktifan TNG Visa Card anda, iaitu:

TNG Visa Card: Syarat Kelayakan, Cara Mohon & Cara Aktif Kad 8
Langkah 1: Ketik pada “Aktifkan Kad Fizikal” atau “Active Physical Card”.
TNG Visa Card: Syarat Kelayakan, Cara Mohon & Cara Aktif Kad 9
Langkah 2: Imbas kod QR pada surat alu-aluan; ATAU
TNG Visa Card: Syarat Kelayakan, Cara Mohon & Cara Aktif Kad 10
Langkah 2: Masukkan kod pengaktifan pada surat alu-aluan.
TNG Visa Card: Syarat Kelayakan, Cara Mohon & Cara Aktif Kad 11
Langkah 3: Tetapkan PIN kad 6 digit.
TNG Visa Card: Syarat Kelayakan, Cara Mohon & Cara Aktif Kad 12
Langkah 4: Anda sudah selesai! Anda kini telah mempunyai akses kepada papan pemuka Kad Visa TNG anda.

Yuran Permohonan

Yuran permohonan kad sekali sahaja akan dikenakan iaitu sebanyak RM15.00 (termasuk yuran penghantaran RM5) dan yuran tahunan RM8.00 (diketepikan untuk tahun pertama).

Contohnya, jika anda memohon Kad Visa anda pada 1 Januari 2023, yuran tahunan akan dikenakan pada 1 Januari 2024, iaitu satu (1) tahun selepas permohonan anda dibuat.

Apakah Perbezaan Antara Kad Visa & Kad Touch ‘n Go?

Kad Visa dan Kad Touch ‘n Go ialah dua (2) produk yang berbeza, iaitu dengan perbezaan utama seperti berikut:

Kad VisaKad Touch ‘n Go
Pengeluar KadTouch ‘n Go eWalletTouch ‘n Go
Skim KadIni adalah kad Visa yang boleh digunakan di seluruh dunia dan dalam talian, iaitu di mana-mana sahaja Kad Visa akan diterima.Kad ini hanya boleh digunakan pada titik sentuh Touch ‘n Go yang dipilih.
Baki KadBaki eWalletPada kad (berasingan daripada baki eWallet, melainkan dipautkan melalui PayDirect untuk tol dan tempat letak kereta)
Bayaran TolYa (Tol Terpilih)Ya
Transit MassaYa (Kereta Api Terpilih)Ya
Parking (Tempat Letak Kereta)YaYa
Di Mana Untuk Memohon?Permohonan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet, lihat logo Visa di halaman utama atau di halaman profil anda.Terdapat beberapa tempat di mana anda boleh membeli kad ini iaitu sama ada melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet, lihat logo kad TNG di halaman utama ATAU anda juga boleh dapatkan kad ini di eshop Lazada, di kiosk petrol terpilih dan penjual semula.

Diharapkan perkongsian info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

Artikel Berkaitan: 7 Langkah Mudah ‘Claim’ TNG Refund Kad Touch ‘n Go.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More