Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Radang Tonsil- Punca, Gejala,Tanda & Rawatan

Isi Kandungan

Pengenalan

  • Tonsil adalah gumpalan tisu limfoid (sub-epitelium) yang terletak di bahagian tekak (orofarinks).
  • Setiap manusia mempunyai 2 biji tonsil. Tonsil berbentuk bujur dan terletak di dinding sisi tekak (orofarinks) di antara tiang anterior (“anterior pillar”) dan tiang posterior (“posterior pillar”).

tonsil

  • Saiz sebenar tonsil adalah lebih besar dari apa yang kita dapat lihat. Ini adalah kerana ianya memanjang ke arah lelangit, memanjang ke arah pangkal lidah dan memanjang ke arah lengkung palatoglosal di sisi.

Fungsi

  • Membangunkan sistem keimunan dan antibodi badan (di peringkat awal usia).
  • Melindungi saluran pernafasan dengan mengawal pintu laluan udara pernafasan.
  • Membentuk sel limfosit dan plasma untuk pertahanan badan.
  • Memantau dan memberi amaran kepada badan akan jangkitan bakteria yang masuk melalui udara dan makanan.

Punca Radang Tonsil

  • Banyak dialami oleh kanak-kanak bersekolah.
  • Jarang berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang 2 tahun atau dewasa melebihi 50 tahun
  • Punca:
    1. Kuman Virus adalah di antara penyebab utama. Contohnya seperti Herpes Simplex Virus (HSV), Adenovirus, Epstein-Barr virus (EBV), Cytomegalovirus(CMV) dan virus campak.
    2. Kuman Bakteria pula menyebabkan 15 hingga 30% jangkitan tonsillitis. Bakteria yang paling kerap adalah Group A Beta-Hemolytic Streptococcus (GABHS). Bakteria yang lain adalah seperti streptococcus pneumoniae, staphylococci dan Hemophilus Influenza.

Gejala

  • Sakit tekak
  • Sukar menelan
  • Demam panas – 38°C hingga 40°C, seram sejuk dan menggigil
  • Sakit telinga – disebabkan oleh “referred pain” (sakit yang berasal di tekak tetapi turut dirasai ditelinga kerana mempunyai saraf yang sama) atau disebabkan oleh komplikasi tonsillitis seperti jangkitan kuman di telinga tengah (Otitis media akut).
  • Gejala lain – sakit kepala, lemah tubuh, sakit badan, sembelit, hilang selera makan, sakit perut (limfadenitis mesentrik)

Tanda

tonsil

  • Nafas berbau busuk dan lidah kering bersalut putih
  • Lelangit dan anak tekak berwarna merah terang
  • Tonsil – merah, bengkak dengan nanah di pembukaan kripta (“follicular tonsillitis”) atau membran/selaput putih di permukaan (“membranous tonsillitis’)
  • Tonsil – membesar, bertemu di garis tengah dan menyempitkan kerongkong. Bengkak (edema) di anak tekak dan lelangit (“parenchymatous tonsillitis”).
  • Kelenjar limfa di leher (“jugulodigastric lymph node”) membesar dan sakit.

Rawatan

tonsil

  • Rawatan sokongan
      • Berehat
      • Minum air secukupnya
      • Makan secara sihat
      • Melegakan kesakitan
      • Meredakan demam
  • Antibiotik
      • Rawatan antibiotik hanya diberikan jika tonsillitis disebabkan oleh kuman bakteria.
      • Tanda-tanda  kehadiran bakteria seperti:
        1. Rembesan keputihan pada permukaan tonsil
        2. Demam
        3. Leukositosis (peningkatan sel darah putih leukosit dalam darah)
        4. Berhubung rapat dengan pesakit atau indiividu yang dijangkiti Group A Beta-Hemolytic Streptococci (GABHS)
      • Walaubagaimanapun, secara klinikal, jangkitan diantara kuman bakteria ataupun virus adalah sukar dibezakan
  • Peranan antibiotik dalam GABHS:
      • Mencegah demam reumatik akut
      • Mencegah komplikasi bernanah
      • Mengurangkan jangkitan kepada orang lain yang berdekatan
  • Antibiotik yang biasa digunakan: 
      • Kumpulan Cephalosporin
      • Kumpulan Macrolides
      • Oral Penicillin selama 10 hari

Tonsillitis adalah radang pada tonsil yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Gejala tonsillitis termasuk sakit tekak. Tonsillitis yang disebabkan oleh virus sembuh dengan sendirinya, manakala tonsillitis yang disebabkan oleh bakteria boleh dirawat dengan antibiotik. Tonsilektomi dilakukan dengan sebab-sebab tertentu setelah pesakit mendapatkan nasihat pakar bedah.

Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Radang Tonsil- Punca, Gejala,Tanda & Rawatan akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik Untuk Dibaca: Penyakit Gout, Tekanan Darah Tinggi- Penyebab,Tanda,Komplikasi Dan Rawatan,Penyakit batu Karang,Kanser Perut Penyakit Anemia-Gejala,Penyebab dan Rawatan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More