Penggunaan Touch n Go Di Tol Dimansuhkan Secara Berperingkat Mulai 2022
Touch n Go Di Tol Dimansuhkan secara berperingkat menimbulkan kelebihan atau kekurangan sebenarnya. Betul atau tidak? Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel ini.
Isi Kandungan
Kegunaan Touch n Go dan Smart Tag
Dalam sedar atau tidak sedar, sudah lama kita menggunakan sistem Touch n Go ini sedari tahun 2018 ia diperkenalkan. Sejak dari itu, keadaan lebuh raya boleh dikatakan berjalan dengan lebih baik. Sudah hampir 4 tahun kita menggunakannya untuk pembayaran di tol lebuh raya.
Kita semua bersetuju bahawa penggunaan Touch n Go dan Smart Tag ini memudahkan perjalanan kita dari suatu destinasi ke destinasi yang lain apabila melalui lebuh raya.
Akan tetapi, baru-baru ini keluar kenyataan rasmi bahaya penggunaan Touch n Go di tol dimansuhkan dan diganti dengan sistem RFID. Secara dasarnya, ketiga-tiga sistem ini adalah hampir sama tetapi berbeza pada kaedah penggunaannya.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca artikel berkaitan Aktifkan RFID Touch n Go di sini. Sudah dikongsikan dan diterangkan kepada anda perbezaan sistem ini.
Touch n Go Di Tol Dimansuhkan
Kenapa Touch n Go di tol dimansuhkan setelah sekian lama kita selesa dengan penggunaan Touch n Go dan Smart Tag ini? Percaya atau tidak, jika kita lihat sistem RFID ini adalah lebih efisien dan berjaya dalam menyelesaikan masalah lalu lintas di lebuh raya.
Lebih-lebih lagi, kita perlu sedar keadaan negara kita yang masih belum bebas Covid-19.
Apa kelebihan dan kekurangan yang ada pada sistem ini? Mari kita baca kelebihan dan kekurangan sistem RFID ini di lebuh raya.
Kelebihan
Kelebihan Touch n Go di Tol dimansuhkan dan digantikan dengan RFID adalah:
- Melancarkan pemanduan dengan lebih selamat, pantas dan efisien.
- Mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
- Menjimatkan masa.
- Mengurangkan kesesakan jalan di tol dan lebuh raya.
- Tidak perlu berhentikan kereta di tol.
Kekurangan
Dalam kebaikan yang ada, terdapat juga kekurangan yang disuarakan oleh rakyat Malaysia, antaranya seperti:
- Tidak boleh menukar kenderaan.
- Nilai akaun Touch n Go akan menolak baki pemilik RFID Tag.
- Tidak boleh mengasingkan kegunaan sama ada kerja atau personal.
- RFID Tag tidak boleh ditukar pengguna keraan melekatkan stiker pada kenderaan.
Jikalau sebelum ini, pemandu kenderaan boleh meminjam kereta atau menyewa kereta sahaja dan menggunakan Kad Touch n Go indidvidu. Jikalau RFID digunakan secara menyeluruh, maka ia akan menimbulkan urusan lain dalam hal ini.
Kenyataan Media KKR
Untuk makluman atau pengetahuan lebih lanjut berkaitan Touch n Go di tol dimansuhkan, anda boleh membaca kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kerja Raya(KKR).
Cara Pemasangan RFID Touch n Go Pada Kenderaan
Dah aktifkan RFID dan membelinya, macam mana pula cara pemasangan? Mudah sahaja. Ikuti langkah di bawah ini.
- Setelah anda mendapatkan stiker RFID itu, pastikan anda jaga dengan baik.
- Bersihkan permukaan cermin kereta yang anda mahu tampalkan stiker RFID Tag ini.
- Kedudukan stiker ini mestilah tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi.
- Anda boleh meletakkan stiker ini di cermin hadapan kereta atau lampu kereta.
- Buka pelekat stiker dan tampalkan pada kedudukan yang anda pilih.
- Akses laman web Touch n Go atau aplikasinya sahaja.
- Daftarkan nombor siri stiker RFID anda.
- Tunggu sehingga 24 jam untuk pengaktifan RFID anda.
- Selesai.
Perkara Yang Perlu Anda Tahu Berkaitan RFID
Nak jadi pengguna RFID ni, bukan boleh terus daftar tanpa tahu apa-apa. Kalau tidak, jadilah anda seperti rusa masuk kampung. Terpinga-pinga tidak tahu buat apa. Jadinya, saya kongsikan dengan anda serba sedikit maklumat berkaitan RFID ini.
Janganlah sudah berada di tol, anda baru menggelabah mencari tahu cara untuk membuat pembayaran RFID ini. Dah melambatkan pergerakan anda kelak.
Baca jangan tak baca.
Buat Tindakan Segera
Diharapkan agar perkongsian berkaitan Touch n Go di tol dimansuhkan ini memberi masa yang lebih kepada anda untuk membuat tindakan. Mahu atau tidak, kita seharusnya akur akan perubahan ini kerana kita sebagai rakyat. Sebarkan informasi ini kepada kenalan terdekat anda supaya mereka tidak terkejut akan berita ini.
Percaya atau tidak, kita boleh mengadaptasi sistem ini dalam pemanduan harian kita sebagai pengguna di lebuh raya. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.
Ingat, Covid-19 masih belum membebaskan kita sepenuhnya lagi.