Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Peluang Kerjaya Di Tourism Malaysia Bagi Tahun 2024

Peluang Kerjaya Di Tourism Malaysia bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Peluang Kerjaya Di Tourism Malaysia 2024

Maklumat peluang kerjaya di Tourism Malaysia ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanLokasi PenempatanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41Kontrak Interim / TetapPejabat TM Wilayah / Ibu Pejabat, PutrajayaRM2,083.0010 Jun 2024
Pegawai Pelancongan Gred E29Kontrak Interim / TetapPejabat TM Wilayah / Ibu Pejabat, PutrajayaRM1,493.0010 Jun 2024
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29Kontrak Interim / TetapIbu Pejabat, PutrajayaRM1,493.0010 Jun 2024
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19Kontrak Interim / TetapIbu Pejabat, PutrajayaRM1,352.0010 Jun 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan peluang kerjaya di Tourism Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Peluang Kerjaya Di Tourism Malaysia Bagi Tahun 2024 1

Jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41

Calon lantikan peluang kerjaya di Tourism Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,083.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,286.57); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,490.99); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,899.83); atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM3,002.03); dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pegawai Pelancongan Gred E29

Calon lantikan peluang kerjaya di Tourism Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,770.95); dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Calon lantikan peluang kerjaya di Tourism Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95); dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19

Calon lantikan peluang kerjaya di Tourism Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,464.80); dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui HR Management System sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 10 Jun 2024.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Peluang Kerjaya Di Tourism Malaysia Bagi Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Peluang Kerjaya Di Tourism Malaysia ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Peluang Kerjaya Di Tourism Malaysia yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More