Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Panduan Tukar Nama Kereta Guna Sistem Pengesahan Biometrik

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai cara tukar nama kereta dengan mudah yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Isi Kandungan

Biometrik Digunakan Dalam Proses Tukar Hak Milik Kenderaan

Semua urusan tukar nama kereta atau pertukaran hak milik kenderaan hanya boleh dilakukan melalui Sistem Pengesahan Biometrik.

Panduan Tukar Nama Kereta Guna Sistem Pengesahan Biometrik 1
Tukar Nama Kereta

Kaedah ini dilaksanakan bagi memudahkan pemilik lama dan baharu, di mana mereka tidak perlu hadir serentak di kaunter bagi membuat Pengesahan Biometrik.

Pemilik berdaftar (penjual) dan pemilik baharu (pembeli) boleh hadir di mana-mana kaunter JPJ berdekatan secara berasingan dengan syarat pengesahan itu perlu dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari.

Kaedah baharu itu selaras dengan program transformasi JPJ di bawah pelaksanaan sistem mySIKAP.

Objektif utama penggunaan kaedah Biometrik ini bagi menangani isu pemalsuan dokumen pengesahan identiti terutama membabitkan transaksi pertukaran milikan kenderaan tanpa persetujuan atau di luar pengetahuan pemilik berdaftar (pemilik asal).

Malah kaedah ini juga dapat menyelesaikan masalah pemilik baharu yang enggan membuat proses milikan kenderaan dan menggunakan kenderaan terbabit di atas nama pemilik asal.

Panduan Tukar Nama Kereta Guna Sistem Pengesahan Biometrik 2
Tukar Nama Kereta

Panduan Tukar Nama Kereta / Hak Milik Secara Sukarela

Berikut adalah panduan pertukaran Hak Milikan Kenderaan Motor secara sukarela melalui Pengesahan Biometrik.

Syarat Am1. Pemilik berdaftar (penjual) dan pemunya baharu (pembeli) bagi kenderaan persendirian individu hendaklah hadir sendiri bagi urusan pengesahan cap jari secara biometrik.
2. Wakil hanya boleh dilantik bagi pihak pemilik berdaftar atau pemunya baharu bagi kenderaan selain milik persendirian individu.
3. Tiada sekatan kepada urusniaga THM seperti rekod tuntutan hakmilik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang belum diselesaikan, rekod senaraihitam dan sebagainya.
4. Kenderaan motor kecuali motosikal hendaklah dibawa untuk pemeriksaan di PUSPAKOM.
5. Permit kenderaan perdagangan bagi pemunya berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu.
6. Fi dibayar seperti yang telah ditetapkan.
7. Dokumen asas yang diperlukan adalah seperti berikut:
– Pengesahan identiti Individu: Pemilik berdaftar dan Pemunya baharu hendaklah membawa bersama dokumen pengenalan diri antaranya seperti myKad, myTentera, myPR dan passport.
– Pengesahan identiti Kerajaan / Bank / Syarikat Kewangan / Insurans /  Pertubuhan /  Koperasi / Syarikat Sendirian Berhad / Syarikat Berhad / Perniagaan Milikan Tunggal / Perniagaan Perkongsian / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan Antarabangsa.
– Surat Rasmi Lantikan Wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil.
– Borang JPJK3 yang lengkap diisi.
– Perakuan pendaftaran kenderaan motor.
Syarat Khas1. Pemilik berdaftar yang berada di luar negara. Dokumen khas yang diperlukan adalah:
– Salinan passport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada.
– Akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar dihadapan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada.
2. Pemilik berdaftar yang tidak dapat dikesan atau tidak dapat dihubungi. Dokumen khas yang diperlukan adalah:
– Perintah Mahkamah.
3. Kenderaan milik syarikat / perkongsian yang telah digulungkan / dalam proses pembubaran yang diuruskan oleh Receivers and Managers / Liquidators. Dokumen khas yang diperlukan adalah:
– Surat persetujuan penjualan kenderaan;
– Salinan borang 59 yang disahkan oleh SSM; atau
– Salinan borang 70 yang disahkan oleh SSM; atau
– Salinan borang 72 yang disahkan oleh SSM.
4. Kenderaan Perdagangan. Dokumen khas yang diperlukan adalah:
– Khusus untuk kenderaan off-road hendaklah menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Puspakom terlebih dahulu.
– Khusus untuk kenderaan jentera / kenderaan bomba / trak tunda / kenderaan mayat / hendaklah menjalani pemeriksaan awalan PG11A / PG13B.
– Surat pembatalan permit / surat kelulusan ubahsyarat oleh SPAD / LPKP / Kementerian Pelancongan.
– Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat.
– Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai decontrolled; atau
– Borang JPJK11 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off road.
– Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan / MITI / kastam yang disahkan (jika berkenaan).
Tukar Nama Kereta Secara Sukarela

Panduan Tukar Nama Kereta / Hak Milik Selain Dari Sukarela

Berikut adalah panduan pertukaran Hak Milikan Kenderaan Motor selain dari sukarela melalui Pengesahan Biometrik.

Syarat Am1. Pemunya baharu (pembeli) bagi kenderaan milik persendirian individu hendaklah hadir sendiri untuk membuat pengesahan cap jari secara biometrik.
2. Wakil boleh dilantik bagi mewakili pemunya baharu bagi kenderaan yang bukan milik persendirian individu.
3. Tiada sekatan kepada urusniaga THMSS seperti rekod tuntutan hakmilik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang belum diselesaikan, rekod senaraihitam dan sebagainya.
4. Kenderaan motor hendaklah dibawa untuk pemeriksaan di PUSPAKOM kecuali motosikal.
5. Permit kenderaan perdagangan bagi pemunya berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu.
6. Fi dibayar seperti yang telah ditetapkan.
7. Dokumen asas yang diperlukan adalah seperti berikut:
– Pengesahan identiti Individu: Pemilik berdaftar dan Pemunya baharu hendaklah membawa bersama dokumen pengenalan diri antaranya seperti myKad, myTentera, myPR dan passport.
– Pengesahan identiti Kerajaan / Bank / Syarikat Kewangan / Insurans /  Pertubuhan /  Koperasi / Syarikat Sendirian Berhad / Syarikat Berhad / Perniagaan Milikan Tunggal / Perniagaan Perkongsian / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan Antarabangsa.
– Surat Rasmi Lantikan Wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil.
– Borang JPJK3 yang lengkap diisi.
– Perakuan pendaftaran kenderaan motor.
Syarat Khas1. Kenderaan motor yang ditarik balik (Repossessed) yang tertakluk di bawah Akta Sewa Beli 1967. Dokumen khas yang diperlukan adalah:
– Salinan Notis Tuntutan Penamaan (Jadual 5).
– Salinan Notis Niat Pengambilalihan Kenderaan (Jadual 4).
2. Kenderaan motor yang ditarik balik (Repossessed) yang tidak tertakluk di bawah Akta Sewa Beli 1967. Dokumen khas yang diperlukan adalah:
– Salinan notis penarikan balik kenderaan mengikut perjanjian.
3. Kenderaan motor milik pemilik berdaftar yang sudah meninggal dunia. Dokumen khas yang diperlukan adalah:
– Salinan perintah Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah; atau
– Salinan Surat Geran Probet yang disahkan oleh Mahkamah; atau
– Salinan Surat Pentadbir Pusaka yang disahkan oleh Mahkamah; atau
– Salinan Perintah Pembahagian / Perintah Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang disahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian; atau
– Salinan Perintah Faraid yang disahkan oleh Mahkamah Syariah: Akuan sumpah (dibuat oleh pewaris seperti dalam perintah faraid) berkenaan penolakan harta hendaklah disertakan bersama. Akuan sumpah hendaklah dibuat dihadapan pesuruhajaya sumpah yang berkhidmat dengan kerajaan / Majistret / Hakim. Akuan sumpah ini hendaklah disertakan bersama apabila Perintah Faraid tidak menyatakan penama / pewaris kepada kenderaan motor milik si mati.
– Salinan Jadual Tiga oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah; atau                              
– Salinan Perintah dalam bentuk Form C yang disahkan oleh Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.
4. Kenderaan Motor yang dilucuthak kepada Agensi Kerajaan. Dokumen khas yang diperlukan adalah:
– Salinan Perintah Pelucutanhak yang disahkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan perintah tersebut.
5. Kenderaan Motor bagi kategori hilang curi / kenderaan yang Beyond Economic Repair(BER) / Total Lost oleh pihak insurans. Dokumen khas yang diperlukan adalah:
– Salinan surat tawaran tuntutan dari insurans.
– Salinan surat bukti pembayaran pampasan.
– Salinan surat bukti penerimaan bayaran pampasan.
– Salinan borang Pelepasan dan Tanggung Rugi (Discharge and Indemnity). 
Tukar Nama Kereta Selain Dari Sukarela

Semoga perkongsian cara tukar nama kereta ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

Artikel Berkaitan: Cara Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Dalam Talian.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More