Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Ke-5

Kami akan kongsikan sedikit info terkini mengenai perdana menteri Malaysia yang ke-5, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Isi Kandungan [show]

Latar Belakang Tun Abdullah Ahmad Badawi

Abdullah Ahmad Badawi yang juga dikenali sebagai Pak Lah ialah Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Beliau merupakan anak sulung kepada Haji Ahmad Bin Haji Abdullah Fahim atau lebih dikenali sebagai Ahmad Badawi dan Datuk Khailan Binti Haji Hassan. Tun Abdullah berasal daripada keturunan keluarga ulama terkenal di Pulau Pinang.

Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia.

Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia.

Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong ‘Team B’ dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987.

Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga tahun 1991.

Pada tahun 1999, beliau dilantik sebagai Timbalan kepada Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Ke-5 1
Tun Abdullah Ahmad Badawi

Kerjaya & Kejayaan

Berikut adalah senarai kerjaya dan kejayaan Pak Lah dalam dunia politik, iaitu:

TahunJawatan
1964Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam
1969Ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
1974Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1974Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1978Ahli Parlimen Kepala Batas
1978Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan
1979Ketua UMNO Cawangan Bertam
1979Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas
1980Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan
1981Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1981Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1984Menteri Pendidikan
1984Naib Presiden UMNO
1986Menteri Pertahanan
1990Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara / Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat
1991Menteri Luar Negeri
1993Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1996Naib Presiden UMNO
1998Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
1999Timbalan Perdana Menteri Malaysia
1999Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)
2000Timbalan Presiden UMNO
2003Perdana Menteri Malaysia Ke-5
2004Presiden UMNO

Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Ke-5 (2003 – 2009), mencatatkan beberapa pencapaian penting sepanjang tempoh pentadbirannya.

Berikut adalah antara kejayaan utama beliau, iaitu:

  1. Kemenangan Besar Pilihan Raya 2004
  2. Pembangunan Ekonomi
  3. Memerangi Rasuah
  4. Pembangunan Modal Insan
  5. Pengiktirafan Industri Halal
  6. Pendekatan Kepimpinan Terbuka

Gagasan “Islam Hadhari” Salah Satu Sumbangan Pak Lah

Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memperkenalkan lima (5) teras semasa pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri, iaitu:

  1. Misi Nasional
  2. Pelan Integriti Nasional
  3. Pembangunan Koridor Ekonomi
  4. Pembangunan Modal Insan
  5. Islam Hadhari

Islam Hadhari atau “Islam yang bertamadun” merupakan teori Kerajaan Malaysia pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam daripada Al-Quran dan ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru serta ia ialah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas Islam menurut yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

Pada 14 April 2025, Pak Lah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.10 petang akibat masalah sesak nafas.

Pak Lah disahkan meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN).

Doktor yang bertanggungjawab merawat arwah di IJN, Dr. Azmee Ghazali berkata, Allahyarham telah dimasukkan ke wad pada pukul 1 pagi pada 14 April 2025 akibat masalah sesak nafas itu.

Berikut adalah Kenyataan Media Jabatan Perdana Menteri yang rasmi mengenai Istiadat Pengebumian Negara Allayarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 15 April 2025.

Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Ke-5 2

Jenazah Allahyarham Pak Lah telah tiba di Masjid Negara sekitar jam 8.15 pagi hari ini.

Jenazah akan dimandikan sebelum diberi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan orang awam di Dewan Solat Utama, Masjid Negara bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari nanti.

Kemudian, jenazah akan disembahyangkan selepas solat zuhur dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, Allahyarham Pak Lah juga akan diberikan Istiadat Pengembumian Negara oleh Kerajaan pada urusan pengebumian.

Pada 11 September 2022, menantu beliau yang juga Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin, buat kali pertama mendedahkan bahawa Allahyarham Pak Lah menghidap demensia.

Allahyarham Pak Lah dikatakan mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan tidak mengingati namanya, isteri serta ahli keluarga lain.

Jasa & Bakti Tun Abdullah Ahmad Badawi Dikenang Sehingga Akhir Hayatnya

Allahyarham Pak Lah dikenang sebagai seorang pemimpin yang merendah diri dan bersederhana dalam tindakan serta percakapannya ketika mengetuai pentadbiran negara.

Sikap itu bagaimanapun tidak menghalang Allahyarham Pak Lah daripada bertegas, terutama dalam usaha membasmi rasuah dan mahu pentadbirannya telus serta berintegriti.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai sosok yang memerdekakan suara rakyat.

Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu dan beliau mengakui terkejut dengan berita yang baru sahaja didengarkan itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya di media sosial mengenangkan semula detik beliau menziarahi Allahyarham Pak Lah yang sudah uzur di kediamannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa Allahyarham Pak Lah adalah seorang yang begitu menenangkan dalam kancah politik dan merupakan insan yang cukup berjiwa besar dalam segala aspek.

Allahyarham Pak Lah adalah figura penting yang banyak menyumbang ke arah pembangunan modal insan di negara ini, sehingga dinobat sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

Selain itu, Allahyarham Pak Lah adalah seorang yang membawa imej pemimpin Islam yang sederhana, amat menekankan bahawasanya setiap insan perlu dilengkapi nilai-nilai positif seperti berilmu, mempunyai nilai murni, moral dan disiplin, bagi melengkapi proses pembangunan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Di akhir ucapannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Malaysia banyak terhutang budi kepada Allahyarham Pak Lah dan mendoakan agar roh Allahyarham Pak Lah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh.

Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya, beliau menyatakan kesedihan dan penghargaan terhadap jasa serta sumbangan besar Allahyarham Pak Lah kepada tanah air.

“Berasa amat sedih dan sungguh dukacita malam ini. Perginya seorang insan yang cukup saya hormati dan hargai sekian lama. Tak terhitung jasa, bakti dan sumbangan Allahyarham. Tanah air, saya dan kita semua semestinya telah banyak terhutang budi,” tulis beliau.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5.

Didoakan agar roh Allahyarham Pak Lah dicucuri rahmat oleh-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More