Ujian Akhir Sesi Akademik : Tahap Penilaian UASA
Ujian Akhir Sesi Akademik : Tahap Penilaian UASA terbahagi kepada beberapa tahap, berdasarkan garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). UASA bakal dilaksanakan mulai Januari 2023 ini.
Isi Kandungan
Apa Itu UASA?
Ujian Akhir Sesi Akademik atau singkatannya UASA telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pelaksanaan bagi sesi persekolahan tahun 2023. Ianya akan bermula pada minggu ketiga bulan ini (Januari 2023), dan bakal diduduki oleh calon pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Apakah Kaedah Penilaian UASA?
Oleh kerana UASA adalah sesuatu yang baru untuk dilaksanakan, KPM telah membuat penetapan dan garis panduan untuk penilaian bagi ujian ini bagi peringkat sekolah yang terbabit. Tahap penilaian UASA ini telah diselidiki dan diberi perhatian mendalam supaya menepati tahap pendidikan dan juga pencapaian pelajar seiring dengan perjalanan pendidikan di Malaysia.
Berapa Kategori Tahap Penilaian UASA?
Tahap Penilaian UASA terbahagi kepada enam jenis yang telah ditetapkan bagi rujukan para guru. Tahap penilaian UASA adalah terbahagi seperti berikut:
TAHAP PENILAIAN UASA |
PENERANGAN |
1. TAHAP PENILAIAN 1 (TAHU) |
Tahu perkara |
2. TAHAP PENILAIAN 2 (TAHU DAN FAHAM) |
Menunjukkan kefahaman |
3. TAHAP PENILAIAN 3 (TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT) |
Menggunakan pengetahuan |
4. TAHAP PENILAIAN 4 (TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB) |
Melaksanakan kemahiran |
5. TAHAP PENILAIAN 5 (TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI) |
Melaksanakan sesuatu |
6. TAHAP PENILAIAN 6 (TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI) |
Melaksanakan sesuatu |
Senarai Koleksi Kertas Peperiksaan
Di sini terdapat beberapa koleksi kertas peperiksaan yang lepas untuk sumber rujukan semua:
KOLEKSI |
PAUTAN |
Contoh soalan peperiksaan Tahun 4 | |
Contoh soalan peperiksaan Tahun 5 | |
Contoh soalan peperiksaan Tahun 6 | |
Contoh soalan peperiksaan Tingkatan 1 | |
Contoh soalan peperiksaan Tingkatan 2 | |
Himpunan nota Tingkatan 3 |
Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi panduan buat pelajar dan ibu bapa serta guru dalam menghadapi sesi persekolahan 2023 dan seterusnya, terutama dengan format tahap penilaian UASA yang bermula tahun ini. Selamat maju jaya buat semua pelajar yang akan menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik untuk Januari 2023.