Semakan Panggilan Ujian i-MEdSI Sesi Akademik 2024/2025
Berikut adalah info terkini mengenai semakan panggilan ujian i-MEdSI bagi Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf bagi Sesi Akademik 2024/2025.
Isi Kandungan
Apa Itu Ujian i-MEdSI?
Secara ringkasnya, MEdSI merupakan ujian kemasukan bagi Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM dan Setaraf ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Ujian MEdSI merupakan singkatan bagi Malaysian Educators Selection Inventory.
Tujuan ujian ini adalah untuk mengenalpasti beberapa ciri pada calon antaranya, adalah
- Personaliti.
- Minat Kerjaya.
- Nilai Integriti.
- Kecerdasan Emosi.
Soalan dalam ujian ini bukanlah mengenai betul atau salah, tetapi berbentuk psikometrik dan digubal oleh sekumpulan pakar yang menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI.
Semakan Panggilan & Tarikh Ujian i-MEdSI
Semakan panggilan ujian i-MEdSI Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf bagi Sesi Akademik 2024/2025 ini adalah pada 7 Mei 2024, Selasa bermula jam 5.00 petang.
Semakan panggilan ujian i-MEdSI boleh dibuat pada pautan berikut:
>>>SEMAKAN UJIAN KHAS PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN<<<
Ujian i-MEdSI pula adalah pada 13 Mei 2024 hingga 24 Mei 2024.
Semakan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk calon yang memohon Program Pendidikan di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UniSZA, UNIMAS, UPSI, UiTM, UMS, UIAM, UTHM & USIM.
**CALON PERLU MENGIKUTI TARIKH DAN MASA YANG TELAH DITETAPKAN
Format Ujian i-MEdSI
Ujian MEdSI ini merangkumi 300 soalan yang terbahagi kepada 4 bahagian. Bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut:
Bahagian | Item | Contoh Soalan |
---|---|---|
Bahagian 1- Personaliti | 110 | 1. Saya kurang senang hati jika ada prestasi orang lebih baik daripada saya. I = Sangat Tidak Setuju II = Tidak Setuju III = Setuju IV = Sangat Setuju 2. Saya segan ucap tahniah kepada rakan sejawat yang mencapai prestasi cemerlang. I = Sangat Tidak Setuju II = Tidak Setuju III = Setuju IV = Sangat Setuju |
Bahagian 2 – Kerjaya | 60 | 1. Tidak suka majikan, tetap mematuhi arahannya. I = Sangat Tidak Setuju II = Tidak Setuju III = Setuju IV = Sangat Setuju 2. Kerja ada sesuatu sistem yang teratur. I = Sangat Tidak Setuju II = Tidak Setuju III = Setuju IV = Sangat Setuju |
Bahagian 3 – Integriti | 70 | 1. Jika ada kehendak, kerja rumit pun boleh selesai. I = Sangat Tidak Setuju II = Tidak Setuju III = Setuju IV = Sangat Setuju 2. Jasa baik orang haruslah sentiasa diingati. I = Sangat Tidak Setuju II = Tidak Setuju III = Setuju IV = Sangat Setuju |
Bahagian 4 – Emosi | 60 | 1. Apa orang menentang saya, saya akan menunjuk masam muka. I = Sangat Tidak Setuju II = Tidak Setuju III = Setuju IV = Sangat Setuju 2. Kecerdasan emosi adalah penting untuk menjalin hubungan baik. I = Sangat Tidak Setuju II = Tidak Setuju III = Setuju IV = Sangat Setuju |
Sila jawab semua soalan dalam tempoh masa yang diberikan.
Tips Menjawab Ujian Dan Soalan Temuduga
Menariknya, pihak Unit Promosi dan Kemasukan, Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI telah menyediakan dan menghasilkan sebuah infografik berkenaan tips untuk menjawab ujian MEdSI.
Sentiasa jadi diri sendiri dengan bersikap jujur menjawap setiap soalan yang diberikan.
Ambil masa berfikir selama beberap saat sebelum menjawab soalan yang diberikan kerana tidak ada gunanya anda menjawap jawapan dengan pantas tetapi jawapan yang diberikan merapu-rapu.
Selain itu, semua calon sila pastikan
- memberikan tumpuan sepenuhnya semasa menjawab soalan.
- menggunakan komputer atau laptop. Penggunaan smartphone ketika menjawap adalah tidak digalakkan.
- menjawap soalan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
- tempat anda mempunyai rangkaian internet atau network yang baik ketika menjawap ujian.
Ketika sesi temuduga, pastikan anda kekal tenang menjawab soalan dan ini akan menampakkan anda seorang calon yang berkeyakinan tinggi.
Tips yang telah disediakan oleh pihak Unit Promosi dan Kemasukan, Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI adalah seperti berikut:
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan ujian i-MEdSI ini, sila hubungi
- Telefon: +6013 – 415 3016 (Hotline)
- E-mel: [email protected]
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!
Selamat berjaya untuk semua calon!