UPSR DAN PT3 DIBATALKAN- KPM
UPSR dan PT3 dibatalkan adalah keputusan yang tidak dijangka berpunca dari pandemik covid-19 ini. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakkan dilaksanakan semua sekolah di tutup, para pelajar tidak boleh lagi menjalani pembelajaran seperti biasa. Pihak kementerian pelajaran telah menjalankan inisiatif dengan melakukan sesi pembelajaran secara atas talian. Kerja sekolah yang diberikan oleh guru juga diselesaikan melalui atas talian. Ibu bapa ramai yang risau pada prestasi anak-ank mereka yang bakal menduduki peperiksaan UPSR,PT3, SPM dan juga STPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020.
Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata keputusan tersebut akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
Kata Dr Mohd Radzi, sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.
“Pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Menteri Pendidikan yang berlangsung dari Putrajaya pada Rabu.
“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.
Isi Kandungan
Kesan UPSR dan PT3 Dibatalkan
Walaupun kedua-dua peperiksaan awam tersebut dibatalkan, beliau berkata KPM akan memastikan akses murid kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) tetap diberikan keutamaan.
“KPM ingin menegaskan bahawa pembukaan semula sesi persekolahan selepas PKP adalah tertakluk kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
“Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan murid,” tambahnya.
Setelah mendapat maklumat ini ibu bapa tidak perlulah risau lagi tentang anak-anak yang bakal hadapi peperiksaan UPSR dan PT3 tetapi tidak perlulah sampai biarkan mereka tidak belajar langsung. Pelajaran sangat penting untuk masa hadapan mereka.
sumber : awani
Penutup
Semoga perkongsian berkaitan peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan ini memberi sedikit manfaat kepada semua.
Berita berkaitan UPSR Dan PT3 Tidak Akan Dikembalikan