Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2024 Setiap Negeri Di Malaysia
Berikut adalah senarai jadual waktu imsak dan berbuka puasa 2024 semua negeri di Malaysia untuk rujukan utama anda semua di luar sana.
Isi Kandungan
Apa Itu Imsak Dan Iftar?
Imsak adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud menahan daripada sesuatu.
Imsak merupakan waktu dimana dianggap sebagai salah satu penanda bahawa waktu puasa sudah dimulai. Imsak sendiri hanya ada di bulan Ramadan sahaja. Oleh karena itu, imsak digunakan sebagai pengingat bahawa waktu sahur telah berakhir.
Ada waktu imsak yang disunatkan kita berhenti makan sebagai sikap berhati-hati dengan munculnya fajar yang menandakan subuh.
Saidina Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW dan Zaid bin Tsabit bersahur bersama. Apabila selesai daripada sahur mereka berdua, Nabi SAW bangun lalu bersolat. Kami (para sahabat) bertanya kepada Anas, ‘Berapa kadar masa antara waktu sahur mereka dan masuknya mereka untuk bersolat?’ Anas menjawab, ‘Kadar apa yang boleh dibaca oleh seorang lelaki sebanyak lima puluh ayat.’
Hadis riwayat Imam Bukhari (550) dan Imam Muslim (1097).
Tujuan penandaan waktu imsak ini ialah sebagai langkah mengelakkan syak, sama ada sudah terbit fajar atau belum, dengan afdal meninggalkan makan dan minum sedikit masa sebelum terbitnya fajar.
Manakala waktu imsak dalam erti kata puasa itu sendiri ialah wajib menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, bermula terbitnya fajar sehingga tenggelamnya matahari, seperti mana firman Allah SWT:
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ
Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).
(Surah al-Baqarah, 2:187)
Iftar pula adalah merujuk kepada makan petang apabila tiba waktu maghrib untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan.
Umat Islam digalakkan berbuka puasa dengan buah kurma atau makanan manis lain.
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2024 Mengikut Negeri
Berikut adalah senarai jadual waktu imsak dan berbuka puasa 2024 mengikut negeri di seluruh Malaysia yang telah dikemaskini dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertarikh 7 Mac 2024.
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Sabah
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Wilayah Persekutuan Labuan
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Sarawak
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Selangor
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Sembilan
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Melaka
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Johor
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Terengganu
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Pahang
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Kelantan
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Perak
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Pulau Pinang
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Kedah
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Perlis
Semak Ketepatan Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2024
Untuk memastikan anda bersahur dan berbuka pada waktu yang tepat, sila buat semakan ketepatan Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2024 mengikut Waktu Standard Malaysia.
Waktu standard ini ditetapkan oleh Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia atau National Metrology Institute of Malaysia (NMIM) iaitu sebuah agensi di bawah SIRIM.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengajak orang ramai untuk membuat semakan dan mengemaskini ketetapan jam di tempat masing-masing, khususnya di masjid-masjid dan surau-surau seluruh Wilayah Persekutuan serta seluruh Malaysia.
Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web The Malaysian Standard Time selaras dengan Waktu Standard Malaysia.
Langkah 1 | Layari laman web MST SIRIM. |
Langkah 2 | Waktu Standard Malaysia (MST) akan dipaparkan pada skrin. |
Langkah 3 | Laraskan jam anda mengikut Waktu Standard Malaysia tersebut. |
NMIM mempunyai peranan penting di dalam menyebarkan kebolehberkesanan pengukuran ke seluruh Malaysia berasaskan kepada Unit Sistem Antarabangsa.
Tanggungjawab ini adalah besar bagi memastikan bahawa infrastruktur pengukuran negara mematuhi dan bersesuaian dengan pengukuran global.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!