Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2025 Seluruh Malaysia

Berikut adalah senarai jadual waktu imsak dan berbuka puasa 2025 semua negeri di Malaysia untuk rujukan utama anda semua di luar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu Imsak Dan Iftar?

Imsak adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud menahan daripada sesuatu.

Imsak merupakan waktu dimana dianggap sebagai salah satu penanda bahawa waktu puasa sudah dimulai.

Imsak sendiri hanya ada di bulan Ramadan sahaja. Oleh karena itu, imsak digunakan sebagai pengingat bahawa waktu sahur telah berakhir. 

Ada waktu imsak yang disunatkan kita berhenti makan sebagai sikap berhati-hati dengan munculnya fajar yang menandakan subuh.

Tujuan penandaan waktu imsak ini ialah sebagai langkah mengelakkan syak, sama ada sudah terbit fajar atau belum, dengan afdal meninggalkan makan dan minum sedikit masa sebelum terbitnya fajar.

Iftar pula adalah merujuk kepada makan petang apabila tiba waktu maghrib untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan.

Umat Islam digalakkan berbuka puasa dengan buah kurma atau makanan manis lain.

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2025 Seluruh Malaysia 1

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2025 Mengikut Negeri

Berikut adalah senarai jadual waktu imsak dan berbuka puasa 2025 mengikut negeri di seluruh Malaysia yang telah dikemaskini dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertarikh 12 Februari 2025.

Semak Ketepatan Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2025

Untuk memastikan anda bersahur dan berbuka pada waktu yang tepat, sila buat semakan ketepatan Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2025 mengikut Waktu Standard Malaysia.

Waktu standard ini ditetapkan oleh Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia atau National Metrology Institute of Malaysia (NMIM) iaitu sebuah agensi di bawah SIRIM.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengajak orang ramai untuk membuat semakan dan mengemaskini ketetapan jam di tempat masing-masing, khususnya di masjid-masjid dan surau-surau seluruh Wilayah Persekutuan serta seluruh Malaysia.

Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web The Malaysian Standard Time selaras dengan Waktu Standard Malaysia.

Langkah 1Layari laman web MST SIRIM.
Langkah 2Waktu Standard Malaysia (MST) akan dipaparkan pada skrin.
Langkah 3Laraskan jam anda mengikut Waktu Standard Malaysia tersebut.

NMIM mempunyai peranan penting di dalam menyebarkan kebolehberkesanan pengukuran ke seluruh Malaysia berasaskan kepada Unit Sistem Antarabangsa. 

Tanggungjawab ini adalah besar bagi memastikan bahawa infrastruktur pengukuran negara mematuhi dan bersesuaian dengan pengukuran global.

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2025 Seluruh Malaysia 2

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk semua umat Islam di luar sana.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak semua!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More