Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Menyertai Program Walimatul Urus Perdana 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan untuk menyertai Program Walimatul Urus Perdana 2025 secara percuma yang terkini telah diwar-warkan dan dibuka.

Isi Kandungan [show]

Program Walimatul Urus Perdana 2025

Kerajaan Negeri Terengganu Melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan menganjurkan Program Walimatul Urus Perdana 2025 untuk rakyat Negeri Terengganu.

Permohonan Menyertai Program Walimatul Urus Perdana 2025 1

Kriteria Pemilihan Peserta

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi mereka yang ingin menyertai Program Walimatul Urus Perdana 2025, iaitu:

  1. Pemohon / pasangan salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri (Pemastautin tetap melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daripada Wakil Rakyat / Penghulu Kampung / Ketua Kampung).
  2. Had umur pemohon bagi Lelaki adalah 18 tahun ke atas manakala bagi Perempuan adalah 16 tahun ke atas.
  3. Perkahwinan adalah kali pertama / belum berkahwin.
  4. Penyertaan juga terbuka kepada pemohon yang berstatus Ibu Tunggal dan Bapa Tunggal.
  5. Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.
  6. Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM 3,500.00 ke bawah.
  7. Pendapatan ibu bapa pemohon dan pasangan adalah RM 5,000.00 ke bawah.
  8. Mendapat restu kedua-dua ibu bapa.
  9. Lulus Kursus Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian JHEAT atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  10. Pemohon yang berjaya pada sesi temuduga perlu membayar RM 1,000 bagi setiap pasangan pengantin sebagai komitmen penyertaan dan akan dipulangkan semula selepas selesai Program Walimatul Urus Perdana Tahun 2025.
  11. Pemohon dan pasangan bersetuju mengikuti Majlis Resepsi pada 13 September 2025 (Sabtu) dan majlis akad nikah beramai-ramai akan diuruskan oleh JHEAT.
  12. Calon dan pasangan hendaklah melepasi ujian saringan bebas dadah oleh Agensi AADK.
  13. Permohonan yang layak akan dipanggil ke sesi temuduga pemilihan.
  14. Keputusan pemilihan tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
  15. Sekiranya tuan / puan tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup penyertaan, maka permohonan tuan / puan dianggap tidak berjaya.

Cara Membuat Permohonan

Jika anda dan bakal pasangan anda melepasi semua kriteria pemilihan peserta dan berminat untuk menyertai Walimatul Urus Perdana 2025 ini, anda atau bakal pasangan boleh dapatkan Borang Permohonan Walimatul Urus Perdana 2025 secara atas talian (online) atau boleh didapati di Pejabat YPK Kawasan berdekatan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat YPK Kawasan masing-masing sebelum atau pada 22 Mei 2025 (Khamis) bersama sesalinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan pemohon, pasangan dan ibubapa / penjaga masing-masing.
  2. Slip Pendapatan pemohon, pasangan dan ibubapa / penjaga masing-masing.
  3. Sijil Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI).
  4. Surat Pengesahan Pemastautin Tetap (Jika perlu, bagi bukan rakyat negeri Terengganu).
  5. Salinan Surat Perakuan Cerai Pemohon & Pasangan (Jika berkaitan).
  6. Salinan Perakuan Kematian Pasangan (Jika berkaitan).
  7. Borang Nikah Kahwin (JHEAT).

Borang permohonan yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar ke Pejabat YPK Kawasan masing-masing, iaitu seperti ketetapan berikut:

  • Bagi pasangan kedua-duanya adalah rakyat Terengganu, borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat YPK kawasan mengikut kawasan bakal pengantin perempuan.
  • Bagi bakal pengantin perempuan bukan rakyat Terengganu, borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat YPK kawasan mengikut kawasan bakal pengantin lelaki beserta dengan borang kebenaran berkahwin di luar mukim.

Permohonan terawal akan diberi keutamaan.

Faedah Yang Diperolehi

Pakej yang disediakan bagi setiap pasangan pada hari majlis adalah seperti berikut:

  1. Satu (1) set persalinan pakaian pengantin Lelaki & Perempuan.
  2. Khidmat Juru Nikah & Dokumen Nikah disediakan oleh JHEAT.
  3. Pakej Set Perkahwinan (pelamin, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
  4. Jemputan jamuan khas pengantin (keluarga terdekat) seramai 100 orang.
  5. Cenderahati untuk tetamu yang hadir.
  6. Mengikuti kursus-kursus yang berkaitan secara percuma kendalian YPKT.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Program Walimatul Urus Perdana 2025 ini, anda boleh hubungi talian 09 – 624 9355.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More