Sumber Rujukan Globalisasi Anda

WARGA ASING PROTES DIKENAKAN PKPD, ASKAR DILEMPAR AIR KENCING

Sebelum ini kita meluat mendengar keluhan kluster oversea yang begitu ‘demand’, Ini pula sikap warga asing yang tidak tahu menghargai petugas ‘frontliner’ dengan biadap melemparkan makian malahan sanggup melempar bungkusan berisi air kencing. Inilah orang tua-tua kata sikap tidak tahu dek untung. Sudahlah tinggal di negara orang, dibantu lagi oleh kerajaan Malaysia tetapi masih buat “Besar kepala”.

Warga asing yang terlibat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi kediaman di sini, didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan bukan sekadar sampah, tetapi termasuk bungkusan plastik berisi air kencing.

Sikap biadap terbabit ditunjukkan penghuni dipercayai warga asing di tiga lokasi kediaman yang telah diisytiharkan PKPD itu bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

WARGA ASING

Menurut sumber, petugas terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa berdepan situasi itu ketika melakukan kawalan selama 24 jam di kawasan berkenaan.

Katanya, sikap biadab penghuni warga asing itu sebenarnya ketara sejak peringkat awal pelaksanaan PKPD dipercayai kerana mereka tidak berpuas hati terhadap perintah berkenaan dan kemungkinan kerana masalah mendapatkan bekalan makanan.

“Bukan saja-saja askar pakai helmet ketika berkawal di bangunan-bangunan kediaman itu. Jika kita lihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tak pakai helmet pun, hanya pakai beret.

“Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah. Jadi kita tak dapat kenal pasti dari unit mana,” katanya kepada Sinar Harian.

WARGA ASING PROTES DIKENAKAN PKPD, ASKAR DILEMPAR AIR KENCING 1
WARGA ASING

Bagaimanapun sumber itu menambah, keadaan kini makin terkawal setelah penghuni akur dengan sikap tegas yang diamalkan oleh petugas keselamatan ketika berkawal.

Katanya, mereka juga tidak mempunyai alasan untuk melakukan protes kerana difahamkan bantuan makanan turut diaturkan kepada penghuni terlibat.

“Sebab itu kita kena hargai pengorbanan petugas-petugas barisan hadapan ini. Mereka terpaksa berdepan situasi begini. Harap tidak ada lagi tambahan kawasan PKPD dan orang ramai terus patuh dengan perintah kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Tiga bangunan telah diisytiharkan PKPD di ibu negara iaitu di Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah bermula 31 Mac lalu manakala bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India pula dikuatkuasakan sejak Selasa lalu.

Pada Khamis lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kementeriannya akan membekalkan makanan tengah hari dan makan malam sepanjang 14 hari PKPD kepada 1,850 penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India.

WARGA ASING PROTES DIKENAKAN PKPD, ASKAR DILEMPAR AIR KENCING 2

Kesimpulannya, tidak perlulah melawan tindakan pihak berkuasa. Mereka telah banyak membantu berkorban masa bersama keluarga dan langsung tidak diberi cuti untuk selamatkan negara dari wabak covid-19 ini. Tindakan melemparkan air kencing itu sesuatu yang melampau dan menjijikkan. Jika dibandingkan Malaysia dengan negara lain, warga asing ini patut bersyukur, kerana negara lain tidak akan melayan mereka seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

sumber : sinar harian

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More