WiSE SABAH – PENDAFTARAN IBU TUNGGAL
Wise Sabah merupakan laman web inisiatif oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah. Laman Wise Sabah ini diwujudkan bertujuan untuk memperjuangkan nasib para ibu tunggal di negara di bawah bayu ini.
Menjadi ibu tunggal bukanlah perkara yang mudah tidak kira sama ada disebabkan kematian suami atau berpisah hidup. Semakin berat lagi beban yang harus dipikul oleh ibu tunggal tersebut jika terpaksa menanggung anak-anak sendirian.
Isi Kandungan
APAKAH TUJUAN PENDAFTARAN WiSE SABAH?
Pendaftaran ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan bantuan (kewangan atau barangan). Sebaliknya, pendaftara di laman Wise Sabah ini bertujuan untuk pengumpulan data wanita dan ibu tunggal di negeri ini sahaja.
Buat ibu tunggal yang menetap atau lahir di Selangor dan menepati kriteria, anda boleh memohon Bantuan Ibu Tunggal B40 2022 (KISS).
APAKAH KATEGORI IBU TUNGGAL?
Antara kategori-kategori ibu tunggal mengikut Wise Sabah adalah :
- Balu (kematian suami)
- Penceraian
- Ditinggalkan / Diabaikan suami tanpa nafkah
- Tidak berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat
- Mempunyai suami sakit uzur (tidak boleh bekerja)
BAGAIMANAKAH UNTUK MENDAFTAR DI WiSE SABAH?
Untuk membuat pendaftaran, sila ikuti langkah seperti berikut :
- Layari laman Wise Sabah;
- Klik pada pautan “Daftar”;
- Masukkan nombor kad pengenalan, nama penuh dan alamat emel;
- Klik butang Daftar;
- Muat naik dokumen;
- Lengkapkan pendaftaran dengan mengisi segala butiran yang diperlukan.
APAKAH DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN?
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah berbeza bergantung kepada kategori ibu tunggal. Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan untuk pendaftaran mengikut kategori:
- Balu (kematian suami) – Sijil Mati Suami dan Sijil Kahwin dan Sijil Lahir Anak;
- Penceraian – Sijil Penceraian;
- Ditinggalkan/ Diabaikan suami tanpa nafkah – Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah;
- Tidak berkahwin dan mempunyai anak/anak angkat – Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah dan Sijil Lahir Anak / Surat Pengangkatan Anak;
- Mempunyai suami sakit uzur (tidak boleh bekerja) – Sijil Kahwin dan Surat Akuan Suami Sakit uzur daripada Hospital Kerajaan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi :
- Laman web Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.
Semoga dengan pengumpulan data ini akan ada bantuan yang akan menyusul di kemudian hari demi membantu golongan ibu tunggal ini. Semoga ibu tunggal terus kuat untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak-anak demi menjadi insan yang berguna.