WTU 2024: Pinjaman Pelajaran MARA World’s Top Universities Programme
Berikut adalah info terkini mengenai permohonan World’s Top Universities Programme iaitu WTU 2024 yang kini sedang dibuka.
Isi Kandungan
Hebahan Permohonan WTU 2024
Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini menawarkan permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah untuk pelajar cemerlang yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih di luar negara mengikut bidang tertentu yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon-calon yang ingin membuat permohonan WTU 2024 ini perlulah memenuhi syarat-syarat umum seperti berikut:
- Pemohon dan salah seorang Ibu / Bapa bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 adalah tidak melebihi 30 tahun.
- Tidak menerima tajaan / bantuan kewangan daripada mana-mana penaja / agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
- Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis.
- Pemohon / Ibu / Bapa / Penjaga / Penjamin / Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
- Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian. Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran WTU.
- Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) atas masalah akademik / disiplin.
- Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan / bekerja perlu mendapat pelepasan / kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan. Manakala pemohon yang mendapat tajaan pinjaman pelajaran daripada badan penaja lain di peringkat pengajian sebelum ini perlu mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman.
- Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dan telah mendapat pelepasan dari pihak majikan sahaja yang akan dipertimbangkan tawaran pengajian ke luar negara.
- Pemohon perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2024 atau selewat-lewatnya bulan Februari 2025 dan penangguhan pengajian selepas Februari 2025 atas pelbagai sebab adalah tidak dibenarkan.
- Pendapatan Status Sosioekonomi (SES) keluarga (Ibu / Ayah / Penjaga) tidak melebihi RM600,000 pendapatan bercukai tahunan.
- Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA seperti berikut:
Ujian | Keputusan |
---|---|
International Baccalaureat=e (IB) | 35/45 pt |
A-Level | 13/15 pt |
Foundation / Asasi / Matrikulasi / Diploma / STPM | Teknikal / Sains: CGPA 3.75/4.00 Bukan Teknikal / Sains: CGPA 3.90/4.00 |
IELTS | 6.5 |
TOEFL iBT | 100 |
SAT | 1200/1600 |
Non Speaking English Country | Melepasi tahap kelayakan minimum peperiksaan bahasa seperti yang ditetapkan oleh universiti berkenaan. |
Selain itu, terdapat pelbagai lagi syarat khusus yang telah ditetapkan oleh MARA. Sila rujuk manual Garis Panduan Permohonan sebelum membuat permohonan.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan WTU 2024 ini kini dibuka bermula 15 Julai 2024 sehingga 29 Julai 2024 dan permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem MyEduloan pada pautan berikut:
Pemohon perlu membaca, meneliti dan memahami manual
sebelum mengisi maklumat permohonan.
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ke dalam sistem MyEduloan adalah seperti yang tertera dalam Panduan Permohonan program.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan WTU 2024 ini, sila rujuk Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!