Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Zulin Aziz Bongkar Tips Kurus

Zulin Aziz atau Farah Azleenda Abdul Aziz. Siapa tak kenal dengan artis/selebriti yang banyak buat video lucu. Pelakon dan penyanyi itu menggunakan Instagram (IG) untuk menghasilkan video komedi yang berjaya menghiburkan warganet.

Jika sebelum ini, Zulin tampil dengan badan yang sedikit berisi kini ramai yang terkejut dengan penampilan terkini Zulin yang semakin kurus dan ramping.

Biasanya, bila kita sudah kerap nampak seseorang tu berbadan ‘comel’ dan tetiba muncul dengan badan yang kurus dan ramping pastinya ada rasa terkejut la kan. Lepas tu siap bagi soalan, “eh..kau kenapa dah kurus? Kau sakit ker? bla..bla..bla…”

Hah..itu kalau kau bukan artis. Kurang sikitlah kritikan yang bikin kau rasa sebal. Tapi kalau kau artis atau selebriti, sudah tentu banyak ‘kata-kata’ netizen yang kau kena hadap. Mental kena kuat la.

Zulin Aziz Bongkar Tips Kurus
Zulin Aziz Bongkar Tips Kurus

Ini situasinya yang dihadapi oleh Pelakon/penyanyi Zulin Aziz apabila penampilannya yang terkini  dikecam kononnya tidak mengamalkan diet seimbang.  Ditambahkan lagi Kapsyen di Facebook sebuah portal mengatakan dia berbuka minum air dan makan kurma menjadikannya sasaran kecaman pengguna laman sosial.

Sahur saya makan kurma 2 biji,susu berperisa dan air mineral. Berbuka saya makan je semua kecuali nasi. Siapa pulak ckp saya makan kurma je?saya pun xdaya makan kurma je

Anda lihat sendiri.Dalam masa setahun,banyak pekara yg saya lalui dan usaha.Berapa kali saya gemuk kurus ,gemuk balik? Tp alhamdulillah, ini yg paling berjaya sebab saya xpernah cecah berat bawah 60kg. Saya sudah cecah 58kg. Misi saya 55kg

Zulin Aziz Bongkar Tips Kurus

Di Twitternya, Zulin menjelaskan bahawa sejak tahun lalu dia tidak makan nasi. Sepanjang di bulan Ramadhan pula Zulin hanya menjamah kurma dan air mineral saja. Tapi bukan setakat kurma dan air mineral saja. Pengambilan protien yang cukup, buah-buahan dan Zulin juga akui dia mengambil supplement dan vitamin c bagi membantunya rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari.

Selain itu, Zulin juga mengamalkan exercise tapi bukan di gym. Setiap hari juga Zulin menari/zumba. Tak hairan la badan Zulin tak mengelebeh.

Korang boleh terjah TWITTER ZULIN  atau INSTA ZULIN untuk baca dapatkan tips darinya.

Apa yang penulis dapat rumuskan dari perubahan Zulin ini, beliau memang sudah tanamkan dalam diri untuk buat dengan usaha sendiri agar berat badannya turun. Bila kita buat dengan betul kita akan dapat hasil yang BAIK.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More